I Want to be a Major Player in Industry

Friday, December 31, 2010

Melayu ISLAM Bro Senior itu Hebat...

Hanya tinggal beberapa jam melangkah 2011,namun kita telah berlalu pantas di dalam kalender Islam....
Doaku moga aku terus menjadi islam yang hebat..... Dalam melaksana segala tugas dan amanah yang di pikul.....

Thursday, December 30, 2010

Qasidah Istighfar

Buat santapan rohani Bro.... Moga hati ini akan sentiasa tenang,sabar dalam kehidupan ini....

Cahaya Nur Illahi....


Bro suka dengan lagu ini,moga menenangkan buat sesiapa yang mendengarnya...namun lebih buat ingatan diri ini.. Aku bukan manusia yang sempurna penuh dengan segala macam kekurangan... Aku juga insan biasa punya sejuta rasa,  terkadang juga mendengar lagu-lagu rock pun itulah bro,kerana aku bukan orang yang berpura-pura... Namun diri semakin dimamah usia... dalam keperlahan ini mengalih paksi kehidupan buat  bekalan menuju kesana...insyALLAH...
Kerana hidup ini harus seimbang 50 dunia dan 50 akhirat...
Teringat bro pesan sahabat yang berbunyi....

Muda sebelum Tua...
Sihat sebelum Sakit..
Kaya sebelum Miskin..
Masa Lapangmu sebelum Sibuk...
Masa Hidupmu sebelum Mati...

Tuesday, December 28, 2010

Ahlak vs Personaliti

Teringat bro perbualan bersama seorang sahabat berkisar tentang bongkah ais,di gambarkan bongkah ais itu terbahagi kepada 2 bahagian utama :
Pertama bahagian bongkah air yang timbul di permukaan lautan mengambarkan personaliti manusia itu sendiri.                                                                   Kedua ialah bahagian yang tengelam yakni di bahagian dasar bongkah ia mengambarkan sifat dalaman manusia itu sendiri atau lebih di kenali sebagai ahlak. Menurut pakar Personaliti berasal daripada kata Inggeris personality yang membawa makna whole nature of character of person dan distinctive attractive charactaristics in a person. Personaliti disebut juga dalam bahasa melayu sebagai keperibadian dan sahsiah.
Keperibadian diertikan sebagai ciri, sifat atau bentuk perlakuan yang biasa dipamirkan oleh seseorang.
Sahsiah pula berasal daripada perkataan arab syakhsiyah yang membawa beberapa pengertian juga sebagai gambaran bagi seseorang individu dan sejumlah sifat-sifat jasmani, perasaan, keinginan pemikiran yang menjadi penentu dalam membentuk keperibadian seseorang dan membezakannya dengan orang lain.
Sifat-sifat ini boleh jadi memang sedia ada di dalam diri seseorang atau boleh jadi wujud pada seseorang hasil daripada pengaruh atau kesan daripada alam sekeliling yang ada pada seseorang.

Oleh kerana personaliti telah diertikan sebagai akhlak, dan akhlak merangkumi asas dalaman dan paparan perlakuan luaran maka natijahnya ialah personaliti di dalam Islam juga merangkumi kedua-dua aspek tersebut. Ada personaliti yang berciri dalaman dan ada personaliti yang berciri luaran. Peronaliti yang berciri luaran juga akan kembali kepada personaliti berciri dalaman. Ini kerana personaliti dalaman adalah asas kepada paparan personaliti luaran yang dapat disaksikan oleh pancaindera
Imam Al-Ghazali   menyebut akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa . Daripada jiwa itu ,timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa melakukan pertimbangan fikiran,namun apa yang di gambarkan secara luaran manusia itu sendiri belum dapat memperlihatkan gambaran sebenarnya.... namun pada bro kita ambil pendekatan bersangka baik,kerana bersangka baik itu satu Doa.....
Bro akan terus memperkasa diri di pelbagai peringkat yakni.... mental,fizikal dan spiritual agar terus melangkah gagah biar dalam keperitan....kerana jerih perih akan hilang bilamana kemanisan pencapaian itu dirasai,malah akan lebih berbahagia takkala dirasai oleh semua....
kerana orang hebat membawa manfaat sejagat..insyALLAH....
Bahawasanya DIA Yang Memiliki semua perbendaharaan    Di segenap langit dan bumi                                              Telah mengizinkan engkau berdoa kepadaNya.
Agar DIA memberimu apa yang kau minta Dan juga yang mendambakan rahmatNyaAgar Ia melimpahkannya atas dirimu..... Aku akan terus memohon kepadaNya,agar hati ini terus terpelihara...........

Monday, December 27, 2010

Inner Lights kata siKitaro....



Namun Bro kata Doa adalah senjata yang paling mustajab..........

Cahaya Kasih....



Ada sebait doa yang pernah diajarkan Rasulullah SAW dan disunnahkan untuk dipanjatkan kepada Allah Azza wa Jalla sebelum seseorang hendak belajar. doa tersebut berbunyi :
Allaahummanfa’nii bimaa allamtanii wa’allimnii maa yanfa’uni wa zidnii ilman maa yanfa’unii.
dengan doa ini seorang hamba berharap dikurniakan oleh-Nya ilmu yang bermanfaat  insyALLAH mudah-mudahan...

Dalam bening senja,
Aku menatap dunia yg kosong lurus terus mara ke depan…
Dalam kesendirian ini sepi sering saja mendakapku seeratnya....
Bertemankan  malam dan seutas penyesalan ....
Yang seakan tak segera pergi…
Dia sendiri terkaku tegak dalam kepatuhan dan kepenatan....
Memendam harapapan  dan bara yang sama-sama menyala…
Entah apa yang dinanti...
kecuali hanyalah sang lagu nyanyian sunyi yang kan datang tanpa memberi walau sebait kabar dari langit…tanpa memberi apa-apa kepastian.....


BUAT SAHABAT....
Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,


TEMAN.....
Teman telah hinggap dalam hidupanku
Seorang yang selalu membawa kesukaan biarpun tanpa bersua
Memberi cahaya kelegaan di tengah kelam
Mencurah segala kesedihan ke dalam sebuah lagu
Engkau terlihat begitu ikhlas bak semut hitam dimalam yang kelam..
Tetapi kenyataan bukanlah apa yang dilihat tubuh…
Namun hanya hati yang mengerti apa yang tersirat......


KEKASIH DUNIA yg berhak....
Isteriku...
Dalam mengharungi kehidupan ini,
Pasti akan sunyi dari kesalahan.
Biar sebesar Hama namun ia bukanlah kiraan,
Namun ia tetap satu Dosa

Isteriku…
Tiada penyucian kecuali keampunan ALLAH
Tidak dapat ku temui Tuhanku dalam ketenangan dan kerdhaanNYA, kecuali dengan kemaafanmu .
Aku bukan wali dalam mencari rahmat Tuhan.
Kerna aku hanyalah seorang hamba yang hina mencari sejuta keampunan Ilahi
.

Isteriku...
Engkaulah insan istimewa buatku.
Anugerah Tuhan sebagai teman perjalanan hidup.
Aku sebenarnya tidak layak untuk bersamamu
Namun ini takdir yang tersurat buat ku
Kerna engkau adalah...
Anugerah dan amanah yang terindah yang tuhan kurniakan buatku...

TAWAKAL jalan terbaik.....








Tawakal jalan terbaik menghadapi dugaanNya...hati yang kosong selalu mengeluh kesah bertanyakan kepada tuhan mengapa suratan kehidupan mereka begitu susah untuk beroleh kesenangan dan sentiasa mendakap kesusahan,kepiluan dan kedukaan yang dirasakan tiada penghujungnya melainkan mati....
Namun bukan itu yang akan bro ucapkan malah rasa syukur dia atas setiap kesusahan dan keperitan yang bro hadapi..kerana tuhan tidak akan menduga hamba-hambanya melainkan hambanya itu mampu menangani dugaannya....
Malam semalam kurasakan  seakan lena tidurku... rupa aku mengalirkan airmata tak ku sedari entah dari bila.. aku bermimpi pulang dari Tanah Haram Mekah...lalu aku mengaji...sedap dan meruntun jiwaku,entah apakah maksudnya aku pun sendiri tak tahu...namun yang pasti aku menangis terasa sayu sangat-sangat hati ini.. Aku terjaga terasa basah pipiku..lalu ku berdoa padaNya moga aku sentiasa di dalam rahmatNya..mudah-mudahan aku insan kerdil lagi hina disisiMu..Ya ALLAH... Engkau peliharalah aku dari dosa...Takwa harus terus dipelihara dan dilaksanakan secara istiqamah,kelak Allah akan memberikan jalan keluar dan mencukupkan keperluannya....
Namun aku sentiasa bersyukur diatas nikmat IMAN dan ISLAM yang Engkau kurniakan buatku.....

Thursday, December 23, 2010

Hidup ini Panjang namun ia Singkat


 


Pagi ini jumaat penghulu segala hari sehari sebelum menjelang hari Natal,aku menerima sepucuk surat, semacam ku kenali dari mana datangnya... emmmmmm  malas pula nak ku buka surat itu... kerana aku seakan pasti tahu kandungannya...namun ku buka jua...
tertulis seperti biasa....
Sila ambil perhatian bahawa kes di atas telah ditetapkan pada .................. hari............ jam 9.00pagi ditangguhkan untuk sebutan pada.................hari.......... jam 9.00padi di..................
Aku seakan telah lali dan masak dengan apa yang akan diperkatakan nanti...... entah siapa yang pandai-pandai menukarnya ke tarikh lain,seingat aku aku dan mama tidak hadis untuk sesi kaunseling sebelum ini,entah macamana ia terus di lanjutkan lagi ke sebutan kes yang akan datang..... Letihlah macam ini...bila nak maju,kalau asyik habiskan masa hanya mengulang-ulang perkara yang sama.... garenti memang tak akan boleh maju kalau macam ini....sentiasa membuang masa........ namun nanti aku pastinya seakan malas untuk hadir,biarlah apa jua keputusan yang akan dibuat nanti aku dah tak kisah............... Kerana aku tahu hidup ini panjang namun ia singkat.............

Nikmat Sejuta Rasa




Wednesday, December 22, 2010

Muzik hatiku....

Semalam sarat dengan segala tugasan yang di lakukan,aku melangkah pulang dari pejabat memecut laju lalu aku singgah ke butik Mama,singgah sebentar berehat sambil memonton tv cerita drama bersiri seribu cinta kalau tak salah bro di temani puteri bongsuku...... tanpa aku sedari rupanya azan Maghrib telah kedengaran,lalu aku bingkas bangun mengerjakan solat maghrib.... setelah selesai ku sambung semula menonton drama tersebut......tiba-tiba kedengaran suara puteri sulung dan puteri no 2 ku memecah suasana bersama mama masuk ke dalam butik,di bawanya bersama bungkusan yang berisi goreng pisang dan air kelapa..... aku pun turut serta menjamahnya bersama mama dan anak-anak.... Esok keputusan PMR keluar kata mama pada ku.... teringat aku akan puteri sulungku yang akan mengambil keputusan esok..... moga dia memperoleh keputusan yang baik bisik hatiku sendirian.......Aku tahu terlalu banyak tekanan yang di hadapinya...... pelbagai pertanyaan diajukan padanya terutamanya tentang apa yang berlaku padaku..... namun aku percaya ia juga setabah aku,namun aku berdoa agar dia mampu menghadapinya..... ahhhh..dia terlalu mentah untuk menerima dugaan ini...Moga Tuhan kurniakan ia kekuatan itu... jam menunjukkan pukuil 8.15malam... aku pun membantu mama menutup butik dan kami sama-sama pulang ke rumah...... Setibanya di rumah puteri bungsuku terus menghidupkan tv untuk menonton cerita kegemarannya yakni cerita korea he is beautiful..... namun entah kenapa aku keletihan..... lalu aku merebahkan badanku di dalam kamarku....... Rupanya aku terlelap tanpa melangsaikan hutangku mengerjakan solat isyak.......Tiba-tiba aku terjaga seakan ada suara memanggilku bangun..... kulihat jam menunjukkan pukul 2.20 pagi,aku terasa lapar lalu aku prgi ke ruang makan,ku lihat ada sayur lemak kubis kegemaran anak bungsuku,ada juga ikan masin dan juga telur goreng...sedapnya bisik hatiku... lalu ku nikmati juadah itu takkala jam terus bergerak pantas dalam keadaan bersendirian.....
setelah selesai aku pergi keruang tamu lalu ku hidupkan tv sambil menghisap rokok...kerana ia adalah kebiasaan aku,setelah selesai makan aku pasti akan menghisap rokok sebagai pelengkap....

setelah habis menghisap rokok aku bingkas bangun lalu ku matikan tv,lalu aku masuk ke kamar tidur,ohhhhhh rupanya aku belum solat isyak,lalu aku masuk ke bilik air di dalam kamar tidurku untuk mengambil wuduk lalu ku tunaikan solat isyak....sesudah itu aku terus sembahyang hajat....ku mohon pada tuhan agar diampunkan segala dosa-dosa kami,memohon petunjuk dan hidayahNya,memohon agar kami dikurnia Rezeki yang halal dan berkat,memohon kesejahteraan keluarga-keluarga ku serta moga-moga puteri sulungku mendapat keputusan yang baik di dalam PMR.....Kurebahkan badan diatas katil namun entah kenapa masih sukar melelapkan mata,mungkin aku dah tidur terlalu lama kot....bisik hatiku... lalu ku buai hatiku dengan zikir dan selawat keatas nabi hingga aku terlena kembali tanpa aku sedari...........Aku tersedar takkala suara mama mengejutkan untuk mengerjakan solat subuh......... seawal pagi mama dan Puteri sulungku telah bersiap untuk ke sekolah untuk mengambil keputusan PMR... Aku seperti biasa bersama puteri bungsuku ada di rumah melayannya sambil menonton tv,sentiasa bertukar channel mengikut kehendak hatinya tanpa sebarang bantahan dariku....ku lihat jam hampir menunjukkan pukul 11.30pagi,tiba-tiba kedengaran deruman enjin kereta memasuki halaman rumahku.... oh itu mama balik kataku pada puteri bungsuku...pergi buka pintu kataku padanya...Terlihat sahaja wajah puteri sulungku,aku bertanya " Macamana kak" lalu di hulurkan slip keputusan PMRnya pada ku...... alhamdulilah syukur walaupun mungkin tak sebaik keputusan orang lain,namun aku tetap bersyukur kerna ku tahu ia telah mencuba yang terbaik berjaya mengharungi biar pun dengan pelbagai tekanan yang kuat buat dirinya... 6A 1B 1C..... itulah keputusan yang tertera..... subjek Bahasa English-B dan Matematik-C,namun aku sentiasa bersyukur padaMu dengan apa yang kumiliki hari ini....kerana kalian semua adalah Muzik hatiku...........

Tuesday, December 21, 2010

Menata HATI...

Semalaman aku tak dapat melelapkan mata,entah apa yang bermain di kotak fikiranku,nak kata teringatkan mama,ternyata mama sedang lena di buai mimpi disebelahku,mungkin teringatkan mummy,tapi ternyata di siang hari tadi baru berbual panjang dengannya,mungkin teringatkan Haikal...agaknya ... hati kecilku berkata......
Ku lihat jam sudah menghampiri jam 3 pagi....
Tidurlah wahai mata... Tenanglah wahai sang hati pujuk ku sendirian...
Mungkin sebaiknya aku harus sentiasa  bersyukur atas kurnia ini dan mempertahankannya sepanjang hidup. tetapi kebanyakan dari kita lebih suka mengkhianatinya.... Subahanalloh....apa yang aku fikirkan.... lantas ku capai tasbih kayu koka yang ku beli takkala mengerjakan umrah suatu ketika dahulu....
Allah huma solli ala syaidina Muhammad...ku sebut berulang-ulang kali.... entah berpuluh kali..entah beratus kali barangkali.... sempat jua ku sebut kan Ya Razak.... Moga tuhan kurniakan rezeki buat kami......
Entah jam berapa aku terlelap...... namun dikejutkan seawal pagi oleh mama....
Sedang mama tidak tahu sebenarnya aku baru sahaja melelapkan mataku....
AKU selalu berpesan pada diriku sendiri agar SELALU MENATA HATI kerna betapa indah sekiranya kita memiliki qolbu yg sentiasa tertata terpelihara terawat dgn sebaik-baiknya. Ibarat taman bunga yg pemilik mampu merawat dgn penuh kesabaran dan ketelitian......
Agar hati sentiasa merasakan lapang tenteram tenang sejuk dan indah hidup di dunia ini,agar hati tidak merasa resah gelisah tak pernah bermuram durja tak pernah gundah gulana barang kemana pun aku pergi dan dimana pun berada ia sentiasa mampu mengendalikan hatiku......

Ya Allah..,
Berikanlah ketakwaan kepada jiwaku,
Sucikanlah ia,
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Dzat yang dapat mensucikannya,
Engkaulah yang menguasai dan yang menjaganya.

Ya Allah ya Tuhanku,
Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan,
Kemalasan, ketakutan,
Kekikiran, kepikunan,
Dan siksa kubur.
Ya Allah ya Tuhanku,
Berikanlah ketakwaan kepada jiwaku,
Sucikanlah ia,
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Dzat yang dapat mensucikannya,
Engkaulah yang menguasai dan yang menjaganya.
Ya Allah ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak berguna,
Hati yang tidak khusyu’,
Diri yang tidak pernah puas,
Dan doa yang tidak terkabulkan.”

Ya ALLAH moga engkau kurnia aku ..
kekuatan dan ketenangan itu.........
Sujud syukurku padaMu,
Aku mula merasakan akan nikmat KEMANISAN ITU.............
Biarpun hanya secebis kebahagiaan buatku...............

Monday, December 20, 2010

Kalianlah permata di dedaunan TERATAI HIDUPKU......









Detik 2011 semakin laju menghampiri serta meninggalkan 2010 dengan pelbagai kisah suka dan dukanya yang tersendiri tak terkecuali perjalanan kehidupan Bro,dalam kepayahan syukur buat yang Esa diaatas nikmat sejuta rasa yang Engkau kurnia buatku,Mama semakin bersemangat memantapkan lagi perjalanan perniagaan Butik yang diminati terima kasih bro ucapkan buat mama terus menyokong Bro di dalam kerjaya yang telah lama Bro tempuh ini...Terima kasih buat Mama dan puteri-puteriku... Ayah akan sentiasa menyayangi kalian hingga akhir hayat insyAllah.... Telah Bro rancangkan untuk pulang menjengah amanah kecilku si Bro Junior,namun kata Mummy,tak perlulah Hubby bersusah payah,sebab Mummy dn baby akan pulang ke sini menjelang pertengahan bulan Mac 2011.....
Terasa sedih pun ada kerna tak dapat melihat baby takkala ini,namun kegembiraan jelas terpancar di mukaku takkala Mummy memberitahu akan kepulangan sikecilku..
Aku perlu menyediakan segala keperluannya disini..biarpun telah ku sediakan segalanya di sana.....
Terasa seakan Bro baru menerima cahayamata baru..... Terima kasih tuhan diatas kurniaMu.....Terima kasih di atas kekuatan yang Engkau berikan buatku......
Biarlah apa yang orang nak kata Bro ni rock ke apa ke tak kisahlah....kerana Bro tahu Bro harus menjadi kental dalam mengharungi hidup yang semakin mencabar....namun alhamdulilah di rasakan semakin baik....
benarlah kata seorang sahabat,masalah tak akan bertahan lama takkala penyelesaiannya ditemui...........
Aku tidak mahu menjadi seorang pelakon yang baik,mampu membawakan pelbagai watak..... namun kosong belaka,biarlah aku adalah aku,memimpin dan membimbing keluarga-keluargaku dan berjuang demi menebus maruah segala yang terbaik buat mereka...... kerana meraka terlalu baik untuk disakiti......terlalu baik untuk di biarkan hidup dalam penderitaan..... sejarah akan tetap menjadi sejarah...
Kita teruskan hidup dengan apa yang kita terima dan Bina kehidupan dengan apa yang kita sumbangkan...........
Buat Mama dan Mummy serta anak-anak..... Bro akan terus menjadi hebat buat kalian,Moga nanti sinar akan terus bercahaya dan memancar menerangi seisi alam.............



Kalianlah permata di dedaunan TERATAIKU......

Dalam kebun di tanah airku
Tumbuh kuntum bunga teratai
Tersembunyi kembang indah permai
Tidak terlihat orang yang lalu...
Akarnya tumbuh di hati dunia
Daun berseri Laksmi mengarang
Biarpun dia diabaikan orang
Seroja kembang gemilang mulia..

Teruslah Oh Teratai Bahagia
Berseri di kebun Hati Bro
Biar sedikit penjaga taman
Biarpun engkau tidak dilihat...

Biarpun engkau tidak diminat
Engkau pun turut menjaga zaman
Nuansa keimanan menembus
Tiap nafas yang berhembus
Inilai mahligai cinta yang tertebus...

Sunday, December 19, 2010

Terus Mencari kekuatan


Dengan segala macam rasa yang ku alami,rasanya dah terlalu tua untuk rasa takut dalam mengharungi sisa-sisa hidup yang tinggal.....
Dalam kepayahan mengharunginya banyak yang telah aku pelajari....benarlah kata orang " Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut hati tidak sanggup menerima penderitaan"...Aku akan bangkit dalam segala banyak perkara yang ku tinggalkan...

Aku akan jadi seperti apa yang aku pilih untuk fikirkan...namun ditatih diri dan hati ini agar sekiranya " jika jahat di balas kejahatan,maka itu dendam. Jika kebaikan di balas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan di balas kejahatan itu zalim namun jika kejahatan di balas kebaikan itu adalah mulia dan terpuji".Ku susun langkah biarpun masih jauh pendakian ke puncak matlamat namun bermula jauh lebih baik berbanding mengalah.... benarlah sesungguhnya pengalaman itu adalah guru yang paling kejam kerana ia akan menguji dahulu kemudian mengajar...
teringat jua kata-kata seorang teman suatu waktu dahulu...katanya semalam adalah sejarah,hari ini realiti dan esok adalah misteri...namun bersangka baik itu satu doa,dan doalah senjata yang paling mustajab...namun aku berpegang kepada " Berusaha dan Bertawakal".... bertindak ke arah matlamat yang jelas.... Ku petik kata-kata Khalifah Abdul Malik bin Marwan katanya " Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat....
" Hiduplah sesuka hatimu,sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi,sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannua. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya,dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan....... insyallah. Biar hanya mampu bertatih,merangkak dan pastinya aku akan berjuang dari segala daya sudut.... aku akan kembali... Ya Tuhan Engkau kurniakan lah aku kekuatan itu.......... moga nanti apa jua yang ku lakukan memberi manfaat buat manusia sejagat.... dan sentiasa merendah dengan kerendahan hati terhadapMU....

Aku dah LALI SUDAH....

 


Hari ini dan pastinya hari-hari yang mendatang aku dah lali dengan segala macam persoalan...aku semakin dewasa dan seakan kebal dengan duri dan ranjau hidup...
Banyak yang telah aku rasai dan nikmati...
Dalam keperitan aku masih sangat beruntung berbanding insan lain...
Dalam perit dan derita pasti ada bahagia...
PERCAYALAH BRO...dan aku sentiasa percaya itu biarpun seakan dongeng rasanya...
Aku harus tumpukan segalanya demi menjadi yang lebih baik.... malah yang terbaik..
kerana aku sememangnya punyai kekuatan itu....

Rantaian Kehidupan naluri...

 


Pagi ini aku seawal jam 9pagi aku ke pejabat agama di atas urusan rasmi...tiba-tiba takkala jam hampir menjengah jam 10.20pagi aku menerima pesanan ringkas daripada mama yang berbunyi " Abg kat mana?" saya membalas saya ada di pejabat agama... kemudian dia menginggatkan aku bahawa hari ini juga mahkamah bersidang bagi mendengar sebutan kes kami.... aku hampir terlupa dek kerana tidak menerima sebarang surat dari pihak mahkamah mahupun jua pangilan telefon.... sebenarnya aku tahu dan seakan sengaja malas mahu hadir,kata hatiku biarlah bila aku tidak hadir mahkamah akan membuat keputusan bagi pihak mama.....
Aku melangkah menuju ke kamar mahkamah,takkala jam hampir menunjukkan jam 10.30pagi,sebutan-sebutan demi sebutan kes didengar,takkala aku masuk aku terlihat kelibat abang iparku,lalu ku hulurkan salam.... ku tunggu,lambat juga rupanya,adakalanya aku keluar meninggalkan kamar mahkamah untuk ke tandas,aku masuk kembali menjelang jam 12.00 tengahari aku keluar lagi,malas rasanya,mendengarkan pelbagai kes dan yang paling nyata kes yang paling kerap disebutkan adalah kes membabitkan kes-kes penceraian...aku keluar untuk menghisap rokok,tiba-tiba sms daripada mama bertanyakan di mana aku berada..mungkin agak lama aku di luar...
aku membalas aku ke pejabat sebentar ada hal balasku ringkas...sebenarnya aku masih di luar melayan entah berapa batang rokok yang ku hisap....mama menghantar sms lagi..datanglah kesian lah dengan saya.... aku membalas kalau aku tak kesian aku tak hadir pun..balasku... kataku lagi kalau abg tak ada kan lagi senang nak membuat keputusan...
akhirnya aku mengalah dan masuk kedalam,sempat aku membeli gula-gula gambir di luar perkarangan pejabat mahkamah... lalu ke berikan sedikit buat mama dan rakan sebelahnya...

Akhirnya menjelang jam 1.25 petang kami pun dipanggil...maka sebutan pun di bacakan...
Hakim bertanya kepada Mama....adakah anda ingin menyelesaikan kes ini,kerana sebutan yang terdahulu mama mengatakan "Tidak Pasti" menyebabkan mahkamah bertangguh..ke tarikh hari ini... dan petang ini setelah di tanya oleh tuan hakim mama mengatakan ingin meneruskannya.... memohon saya melepaskannya... Hakim pun bertanya kepada saya,lalu saya memohon kepada hakim untuk membicarakan kes kami.... Hakim memberikan kami tarikh baru untuk sebutan semula bersama wakil kepada setiap pasangan untuk sesi kaunseling keluarga di saksikan seorang wakil mahkamah....
Dalam seketika aku bertanya kepada tuan hakim bahawa saya tidak mendapat sebarang surat pangilan ke mahkamah atau pangilan telefon untuk makluman,tuan hakim menukar ke alamat lama,adakah anda masih tinggal bersama,saya menjawab..ya...jadi kenapa gunakan alamat ini... ini alamat siapa, tanya tuan hakim..saya kata ini alamat kediaman orang tua saya..yang saya tidak pernah tinggal sama sejak berbelas tahun....Rupanya dalam diam mama menukar alamat sedia ada kepada alamat rumah orang tua,mungkin mama sengaja mahu orang tuaku pun tahu perkara ini...

tiba-tiba mama pula yang mencelah... tuan hakim boleh tak saya mohon perintah mahkamah untuk tinggal berasingan dengan bro...... lalu hakim berkata tidak boleh...saya hanya ingin menguruskan hal yang berkaitan dengan permohonan kamu bukan soal tinggal berasingan...yang itu kalau kamu benar-benar mahu mohon di mahkamah tinggi... kata tuan hakim bernada tegas....
akhirnya saya keluar,ku salam abang iparku lalu aku terus keluar .....
Biar apa pun yang berlaku aku akan cuba pertahankan selagi daya....