I Want to be a Major Player in Industry

Monday, December 30, 2013

CABARAN TERHEBAT 2014





Bertempat di Pullman putrajaya pada 28dec yg lepas telah diadakan kick off party pelancaran summit convention destinations 2014 utk ke Umrah,vanice italy,chiang mai thailand dan juga ke langkawi. Seramai 300 tenaga agensi yang dijemput hadir utk memeriahkan acara pada hari tersebut.
Pihak MAA TAKAFUL komited untuk mencapai pertumbuhan perniagaan sebanyak 88juta regular premium pada tahun 2014.
Syabas dan ayuh teruskan perjuangan..

Wednesday, December 18, 2013

BOP AT KLANA HOTEL SEREMBAN

Baru- baru ini telah diadakan Bop di klana hotel oleh tuan haji Raman bin md yasin,berkesempatan hadir bersama,berkumpul bersama rakan-rakan seperjuangan yang telah lama berjuang bersama.Rata-rata mereka semua telah menjangkau berbelas tahun melayari industri. Terima kasih hebat rasanya bersama orang-orang hebat seperti tuan semua.

Saturday, September 7, 2013

Syukur Nikmat Merdeka

Rasanya belum terlambat untuk bro mengucapkan selamat hari merdeka yang ke 56..
moga negara kita terus makmur dan maju..
MALAYSIAKU BERDAULAT...
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU..



















SAJAK KEMERDEKAAN
   Kini..
   tiada lagi tangisan insan terseksa
   terkapai-kapai lemas mencari daratan
   berkorban jiwa pertahan negara
   penjajah durjana merampas segala
       50 tahun dahulu..
       stadium merdeka menjadi saksi
       negaraku merdeka
       rakyatku tidak lagi sengsara
       menangis gembira mendapat cahaya

Merdeka..
      tiada lagi penjajahan..
      tiada lagi penderitaan..
      tiada lagi jeritan penyiksaan.. 
      tanah air ditadbir insan bijak bestari..
      memimpin negara mengukir nama..

Kini..
     50 tahun sudah merdeka..
     negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang


burung berkicau bebas berterbangan
menjadi tanda negaraku aman daman
Maju berteknologi
kearah mencapai wawasan 2020.
kugenggam erat amanah pejuang tanah air
pertahanlah kemerdekaan
teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan

sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati
semoga kekal selamanya
merdeka tetap merdeka..

Tuesday, August 20, 2013

Salam Eid Mubarak

Syukur alhamdulilah syawal menjelma lagi,di kesempatan ini bro ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran kata,bersama kita meraikan kemenangan dan kemeriahan syawal bersama rakan-rakan di majlis yang dianjurkan di pejabat cawangan klang.




Apa pun tiada kata seindah ucapan Maaf Zahir dan Batin dari bro untuk semua....

Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan Al Mubarak

Ramadan datang lagi,ku sambut dengan rasa gembira,tanpa ku sedar sekelip mata sahaja 8 ramadan telah menjengah,seperti semalam baru ku rasakan permulaan puasa,syukur kehidupan bro makin mengembirakan,perjalanan hidup,kerjaya dan keluarga semakin erat dan kukuh.
Takkala di ramadhan ini bro kurangkan aktiviti luar,malah melebihkan masa bersama keluarga besarku serta pengisian ramadahan...Sentiasa bersyukur dan mengharap rahmat Allah akan sentiasa bersama kami..

Monday, June 3, 2013

Perkumpulan keluarga besarku..

Pada 2 mei yang lalu,semua ahli keluarga besarku telah berkumpul di rumah ayahndaku bagi meraikan ulang tahun kelahiran ayahnda yang ke 74tahun,seramai 14 orang adik beradikku hadir bersama-sama anak masing-masing kecuali adikku Hj Ehsan yang telah kembali ke rahmatullah,juga bersempena pemergian abangku yang ke 3 bersama isteri untuk menunaikan umrah...
Terasa meriah dengan hiruk pikuk anak buah yang sememangnya ramai takkala itu,juga di hadiri sanak saudara yang terutama nendaku yang berusian hampir 90an tahun umurnya,terasa sebak takkala menyuapkan nasi  kemulutnya..agaknya kelak aku juga sebegini..
Terima kasih buat semua ahli keluargaku..Terasa kuatnya ikatan kami bersama zemuanya ...Doaku agar kalian bahagia sentiasa..









Monday, May 27, 2013

Dunia baru putriku..

Tahniah buat putri ku Anis Zahira,diterima memasuki pengajian matrik,di koleh matrikulasi melaka,jangan bimbang anakku sememangnya anda seorang yang hebat dan tabah melalui ranjau dan liku kehidupan,dengan keterbatasan waktu buat kalian lantaran kekangan tugasan dan tanggung jawab ku yang besar,alhamdulilah segalannya berjalan lancar di hari pendaftaran,segala keperluan telah tersedia,hanya mengharapkan anakku ini akan  menikmati dan mengambil segala peluang yang ada demi menjadi yang terbaik.ingatlah selalu anakku, orang hebat jiwanya,mindanya dan hatinya penuh motivasi..terus berjuang demi sesuatu yang anda percayai dan mahukan...





Tuesday, May 21, 2013

Bersama melakar angkasa raya

22 mei jam 8malam bertempat di KEC  telah diadakan program laluan kerja untuk bakal perunding  sesi pengambilan 1st quarter 2013,bersama speker jemputan En Zamri Baba CMC daripada seremban,bermodalkan pengalaman berbelas tahun di dalam industri serta catatan cerita-cerita kejayaan,ingatlah setiap manusia punyai impian,tidak di nafikan terdapat banyak platform untuk berjaya dan mencapai impian setiap individu yang dahagakan kejayaan.... ingatlah apa jua pencapaian dan kejayaan yang kita miliki adalah tindakan dan cara fikir kita yang lepas...namun untuk terus melonjak kita harus membuat tranformasi diri apantah lagi cara berfikir,terus berfikir tahap juara biarpun tampak kerdil takkala ini...kerana ia pasti akan menghampiri anda dan pastikan anda bersedia untuk mengenggam erat ketika itu,dakaplah lqh segara usaha,keringat dan apa jua cabaran yang mendatang kerana pasti ia akan menjanjikan sejuta kemanisan buatmu kelak..
Berani dan sanggup mencuba serta sentiasa think big,pasang impian kerana ia tidak mensyaratkan sesen pun cagaran,cagarannya adalah kemahun dan kesungguhan daripada diri kita sendiri....ramai orang telah berjaya,namun kejayaan itu sendiri sesuatu yang terlalu kompleks,apa jua peningkatan dan kejayaan yang kita kecapi biarpun sebesar zarah,pastinya ia sesuatu yang sangat bermakna buat individu itu sendiri....terus melangkah kehadapan,bersama membawa semua kebaikan diri semalam agar kelak kita menjadi insan yang lebih tawaduk dan bersyukur biarpun kita telah berubah menjadi insan hebat..

Saturday, May 18, 2013

Kepuasan dalam melaksana Amanah

Setelah berbelas tahun bro terlibat di dalam bidang perancangan kewangan dan Risiko,entah berapa banyak claim yang telah bro buat,ini juga salah satu claim yang bro uruskan,walaupun nilainya tak sebanyak mana,namun bro percaya pasti ia sangat bermakna kepada yang menerimanya,itulah kepuasan yang bro rasai...


Barisan Kabinet Malaysia 2013 dan Halatuju Tranformasi Negara


Pilihan Raya ke13 Malaysia telah berakhir,inilah senarai barisan kabinet Malaysia,walau siapa pun mereka,ang pasti cabarannya semakin getir dalam merealisasikan tranfomasi negara,begitu juga diri setiap individu ..harus


terus bergerak menjadi yang terbaik...

Tuesday, May 14, 2013

1st Quarter star awards and Pelancaran SM200

jam 8 malam bertempat di training room klang office telah di adakan star awards untuk suku tahun pertama 2013 dan juga pelancaran sm200. Pelan kad kesihatan terbaru mengantikan pelan sm100,dengan peningkatan ciri dan faedah. Bro menyampaikan hadiah kepada yang berjaya.. 14mei

Sunday, May 12, 2013

National Sales Congress 2013

Bertempat di sunway Resort & spa telah diadakan national sales congress selama 2 hari pada 11 dan 12 mei,seramai 1200 orang deligasi dari seluruh malaysia telah hadir dengan tema ASAS,adapt,strategise,actions and sucess,dengan seramai 10orang speker daripada Malaysia,india dan singapore. INILAH WARNA-WARNA NSC 2013..