I Want to be a Major Player in Industry

Monday, May 27, 2013

Dunia baru putriku..

Tahniah buat putri ku Anis Zahira,diterima memasuki pengajian matrik,di koleh matrikulasi melaka,jangan bimbang anakku sememangnya anda seorang yang hebat dan tabah melalui ranjau dan liku kehidupan,dengan keterbatasan waktu buat kalian lantaran kekangan tugasan dan tanggung jawab ku yang besar,alhamdulilah segalannya berjalan lancar di hari pendaftaran,segala keperluan telah tersedia,hanya mengharapkan anakku ini akan  menikmati dan mengambil segala peluang yang ada demi menjadi yang terbaik.ingatlah selalu anakku, orang hebat jiwanya,mindanya dan hatinya penuh motivasi..terus berjuang demi sesuatu yang anda percayai dan mahukan...





Tuesday, May 21, 2013

Bersama melakar angkasa raya

22 mei jam 8malam bertempat di KEC  telah diadakan program laluan kerja untuk bakal perunding  sesi pengambilan 1st quarter 2013,bersama speker jemputan En Zamri Baba CMC daripada seremban,bermodalkan pengalaman berbelas tahun di dalam industri serta catatan cerita-cerita kejayaan,ingatlah setiap manusia punyai impian,tidak di nafikan terdapat banyak platform untuk berjaya dan mencapai impian setiap individu yang dahagakan kejayaan.... ingatlah apa jua pencapaian dan kejayaan yang kita miliki adalah tindakan dan cara fikir kita yang lepas...namun untuk terus melonjak kita harus membuat tranformasi diri apantah lagi cara berfikir,terus berfikir tahap juara biarpun tampak kerdil takkala ini...kerana ia pasti akan menghampiri anda dan pastikan anda bersedia untuk mengenggam erat ketika itu,dakaplah lqh segara usaha,keringat dan apa jua cabaran yang mendatang kerana pasti ia akan menjanjikan sejuta kemanisan buatmu kelak..
Berani dan sanggup mencuba serta sentiasa think big,pasang impian kerana ia tidak mensyaratkan sesen pun cagaran,cagarannya adalah kemahun dan kesungguhan daripada diri kita sendiri....ramai orang telah berjaya,namun kejayaan itu sendiri sesuatu yang terlalu kompleks,apa jua peningkatan dan kejayaan yang kita kecapi biarpun sebesar zarah,pastinya ia sesuatu yang sangat bermakna buat individu itu sendiri....terus melangkah kehadapan,bersama membawa semua kebaikan diri semalam agar kelak kita menjadi insan yang lebih tawaduk dan bersyukur biarpun kita telah berubah menjadi insan hebat..

Saturday, May 18, 2013

Kepuasan dalam melaksana Amanah

Setelah berbelas tahun bro terlibat di dalam bidang perancangan kewangan dan Risiko,entah berapa banyak claim yang telah bro buat,ini juga salah satu claim yang bro uruskan,walaupun nilainya tak sebanyak mana,namun bro percaya pasti ia sangat bermakna kepada yang menerimanya,itulah kepuasan yang bro rasai...


Barisan Kabinet Malaysia 2013 dan Halatuju Tranformasi Negara


Pilihan Raya ke13 Malaysia telah berakhir,inilah senarai barisan kabinet Malaysia,walau siapa pun mereka,ang pasti cabarannya semakin getir dalam merealisasikan tranfomasi negara,begitu juga diri setiap individu ..harus


terus bergerak menjadi yang terbaik...

Tuesday, May 14, 2013

1st Quarter star awards and Pelancaran SM200

jam 8 malam bertempat di training room klang office telah di adakan star awards untuk suku tahun pertama 2013 dan juga pelancaran sm200. Pelan kad kesihatan terbaru mengantikan pelan sm100,dengan peningkatan ciri dan faedah. Bro menyampaikan hadiah kepada yang berjaya.. 14mei

Sunday, May 12, 2013

National Sales Congress 2013

Bertempat di sunway Resort & spa telah diadakan national sales congress selama 2 hari pada 11 dan 12 mei,seramai 1200 orang deligasi dari seluruh malaysia telah hadir dengan tema ASAS,adapt,strategise,actions and sucess,dengan seramai 10orang speker daripada Malaysia,india dan singapore. INILAH WARNA-WARNA NSC 2013..