I Want to be a Major Player in Industry

Saturday, December 31, 2011

Langkah baru di setiap saat lembaran 2012


Dengan lafaz Bismillah aku melangkah ke lembaran baru 2012..... moga di permudahkan segala urusan dalam melaksanakan segala urusan dan perjalanan hidup dan perjuangan hidup bro..... sehari sebelum bro bersama rakan-rakan seperjuangan berkumpul di bukit jalil golf resort,bersama membincangkan halatuju 2012....perancangan serta pelan tindakan dalam menanti kehadiran lembaran baru yang diharapkan akan memberi sinar baru.... Bro harus lebih berdaya saing,lebih kental,lebih penyayang,lebih pemurah,lebih cinta kasih dan sayang pada semua.....
Moga aku dikurnia segala kekuatan dalam menempuh perjuangan ini....

Tuesday, December 20, 2011

Langkah dunia..

syukur perjalanan makin jauh mengembangkan sayap ke London,jakarta dan oman...
moga perjalanan perniagaan makin mudah..

Saturday, December 3, 2011

Rasa dunia.........


Kata orang sewaktu di puncak banyak mata memandang,menyanjung dan memuji....... namun tak kala tergelincir jatuh takkala merangkak hingga jari mencakar jalan yang panas membawa...semua pastinya mentertawa..............................itulah dunia.... aku dah masak dengan segalanya...telah kurasai semua itu......dulu  sahabat takkala susah memandang seakan musuh sesuatu yang biasa......... namun bangkit dari kejatuhan dan kegagalan itu sesuatu yang sangat hebat untuk dirasai.........
pada bro rugi sekiranya dalam perjalan hidup kita tidak menikmati sedemikian........... kerana kiranya kita mampu bangkit pastinya penuh dengan sejuta pengalaman dan ingatan............. manusia sampah.manusia topeng,manusia plastik,manusia dan manusia.............. kelak mereka akan tahu kuasa Allah itu maha hebat........sekiranya ia mahu menarik nikmat yang dikurniakan ia hanyalah semudah kehendaknya begitu sebaliknya............ sabar dan terus berujuang demi sesuatu yang anda benar-benar yakini........... usah berputus asa............usah mengalah.........kerana biar disemadi sekalipun.... masih ada yang pasti sudi mendoakan keampunan..... apantah lagi kita masih dikurnia kudrat dari yang esa............ syukuri ia...pasti rahmatNya sentiasa melimpah ruah buat kita.............
Kata orang hanya yang berani menang................ juga yang sabar akan menang.......
mantapkan diri dengan keduanya dengan redhaNYA........ jalan pasti akan sentiasa berliku..... hanya kita yang mampu menghadapinya kerana tuhan telah pilihkan ujian itu  buat kita....... kerana sayangkan kitalah maka kita di ujiNYA............ nikmati segalanya dengan hati yang amat menenangkan...........

Masa akan memperlihatkannya.........

Hari ini aku pastinya akan tidak peduli pada apa-apa melainkan keatas matlamat dan perjuangan peribadi bro....
seakan sombong dan bongkak,namun aku harus bersikap kejam hatta pada diri bro sekalipun,usah berehsan walau pada bro..... kerana terkadang terlalu banyak sampah di luar sana...aku bukan menghina,itulah kata bro..... lalat hanya berterbangan dan pastinya itulah kehidupan di sepanjang hayatnya........
walau aku tak layak berkata sedemikian,namun besikap jujur itu sebenar sesuatu yang paling berani berbanding kelihatan namun...........
Aku pastinya akan bersikap kejam kelak.... kerna itulah bro,biar susah orang terhadap bro biarpun hanya ingin menyatakan sesuatu..... kerana dirinya tiada nilai apantah lagi menyatakan sesuatu............ kerana tiada kaitan antara aku dan kau........
ingatlah..... dan ingat..........dan akan sentiasa ingat....... akan betapa mahalnya aku...............
dan tak akan mungkin aku memberi ruang pada sesiapa pun yang lain insyallah...........  bro harus tidak perlu mempedulikan segalanya.... kerana kita akan lemah dengan perbuatan malah hanya dengan kata-kata sahaja boleh membuat tersungkur...........
kata orang sampah bila dikitar semula menjadi sesuatu yang berharga..............namun sesuatu yang kelihatan sempurna namun sebenarnya hanya topeng bayangan.... sebenarnya senilai dengan sampah jua........
kata orang tukar kemarahan kepada perkara yang memajukan............... adalah lebih baik dari menyantun melangit..namun hakikatnya seperti sampah......... biar seperti aku apa orang nak kata aku bukan peduli pun semuanya.....lagi pun aku bukan budak-budak hingusan yang baru nak merasa nikmat dunia yang baru kau nak.......sebab aku bukannya seorang yang penakut........SORRY LA bro junior ........ kerna AKU LAH BRO SENIOR............

Friday, November 25, 2011

Allah itu Maha Penyayang........

Dah masuk dua hari berturut-turut bila mahu terlelap tiba-tiba azan subuh kedengaran,bukan di alam fantasi rupa-rupanya benar belaka..... Bro memperuntukan 2hari memberi tumpuan untuk menyiapkan kertas kerja yang harus di bentangkan ke kementerian bagi melaksanakan program yang bro akan jalankan sehingga 2015. Persediaan kertas kerja,Material dan juga silibus pembangunan yang mana kalau tak silap bro hampir beribu slide yang perlu bro dan pasukan siapkan selama 4 bulan persediaan yang dibuat sebelum ini.
Alhamdulilah segalanya telah dapat bro dan kakitangan bro siapkan untuk program 5tahun yang direncana bersama kementrian ...........,moga nanti segalanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan dan dipersetujui.
 Syukur didalam mesyuarat peringkat kementrian pihak kementrian menerima usul dengan baik serta penambahbaikan berkat pengalaman bro selama hampir 17tahun didalam bidang yang bro ceburi meletakkan bro antara pakar yang bertauliah...
namun pada bro program pelaksanaan itu nanti yang akan bermula pada bulan januari 2012 yang mana akan memberi banyak manafaat kepada banyak pihak terutama kepada pihak-pihak yang tertinggal.


Renungankan bersama...



إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــيKupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي

Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا

Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي

Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا

Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث

Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia.

Thursday, November 17, 2011

Putra oh Cyber..........

Petang semalam sebelum bro menghadiri mesyuarat di Cyber jaya tiba-tiba bro menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari seorang sahabat lama bertanyakan khabar bro...sehingga bro terlajak hingga memasuki jalan menuju Putrajaya..... dah lah terlewat bertambah lewat la jawabnya terpaksa berpusing di pusingan pertama berhampiran simpang Hospital putrajaya menuju balik ke lokasi mesyuarat di Cyberjaya....
Tergerak hati katanya ingin bertanyakan khabar bro setelah sekian lama......baik seadanya kata bro buatnya..... lalu kutanyakan khabar adakah telah bertambah..... bertambah apa katanya.... bro kata bertambah beratlah,itu kan kebangaan dan kemestiaan bagi setiap wanita kata bro sambil tersenyum.... lalu kata bro lagi,bro kena bergegas menuju mesyuarat lalu ku pintas segalanya demi tugas bro....
Sampai di lokasi mesyuarat di Cyberjaya..terus bro menuju ke lokasi disambut oleh pegawai bertugas terus menuju ke bilik mesyuarat.........
hampir 1jam lebih juga kami bermesyuarat,berbincang serta membaik pulih sistem sokongan dan insyAllah jika berjalan lancar selewat-lewatnya program bro akan bermula seawal january 2012....

Tuesday, November 15, 2011

Lebarkan Sayapmu puteriku.....

Alhamdulilah semalam keputusan UPSRA puteriku yang ketiga Putri Aishah Zahira telah keluar,syukur puteriku mendapat keputusan yang baik yakni " Mumtaz" Sekalung tahniah dari ayah....
Bro tahu puteri bro telah bertungkus lumus berjuang bagi mendapat Keputusan yang terbaik.....
Syukur pada tuhan puteriku mempunyai asas-asas agama yang baik..... moga-moga nanti ia akan terus depan...
cuma mungkin dalam sehari dua ini berdebar pula demi menantikan keputusan UPSRnya pula,Bro sentiasa mendoakan yang terbaik juga buatnya kelak......
Pesan bro padanya tuntutlah ilmu biar setinggi angkasaraya.... genggamlah impianmu dan jangan sesekali membawa impian ataupun kehendak orang lain.....
Pesan bro padanya ikutlah kata hati,ikutlah rasa asalkan tak menyalahi 3 prinsip:
1: Hukum Syarak
2: Undang-undang Negara
3: Peraturan.


Hari ini berselang hari telah di perolehi pula keputusan UPSR Puteri ku usah bersedih walaupun hanya mencapai 3A 2B,perjalan masih jauh sayangku....Puteriku.....Ku tahu kamulah yang termanja antara puteri-puteriku,namun kau gilap dan isi serta resapi hatimu dengan kekuatan,sekuat Everest sekental Taitanium....Terus tanamkan semangat juang yang tinggi,jangan mudah mengalah kerana ciri orang hebat sentiasalah,jiwa,minda dan hatinya penuh Motivasi...
terbanglah dan Lebarkan sayapmu sehebat helang di angkasaraya.............
terbang bebas semahu mu......
Dalam mengapai impian dan cita-cita hidupmu............
Lengkapkan Mental,Fizikal dan Spiritualmu menjadi insan Hebat namun dengan kerendahan Hati PadaNYA.....

Saturday, November 12, 2011

Jiwa pejuang tanpa nilaian dan sesalan...

Hari ini seharian bro di KL di salah satu menara gading antara yang terbaik di dunia diatas urusan yang ingin dan harus bro selesaikan demi sesuatu yang ingin bro capai dan sukai.....
takkala lewat malam ini bro berjumpa dengan sahabat bro berbincang tentang beberapa perkara juga sekadar meminta pandangan dan bual bicara ke arah sesuatu yang membina...
kata orang Orang hebat jiwanya,mindanya dan hatinya penuh Motivasi..... butir bicaranya penuh resapan hinga ke dasar Hati setiap insan yang menghayatinya.... kerana resapan itu yang akan mendorong serta membangun potensi diri menjangkau keupayaan sebenar serta menerobos sempadan kekuatan diri serta memacu diri menjadi manusia hebat di dalam setiap sesuatu yang di laksanakan... kerna ia di laksanakan di atas kerelaan hati serta rasa tanggung-jawab yang amat tinggi....
demi memacu pasukan di tahap motivasi yang tertinggi serta bagi menghasilkan penghasilan yang tertinggi,demi merubah segalanya bro harus berubah menjadi sekental-kental manusia....
ibarat getah sekerap,ku tetak dengan parang,melantun la ia,ku baling ke dinding,melantun juga la ia,ku baling ke lantai,melantun la jua ia.......Lalu ku susun perancangan demi melaksana tindakan,ku jadual demi mengikut keutamaan,kuadran matrik Pengurusan Masa ada menyatakan empat peringkat pengurusan masa ;
i) Penting dan segera
ii) Penting Tetapi Tidak segera
iii) Tidak penting Tetapi segera
iv) Tidak Penting dan Tidak segera

langkah pertama lalu ku susunkan perancangan dan langkah pertama yakni mesyuarat mingguan bersama pasukan gerila atau pasukan Back Bone biarpun kelihatan tanpak tiada nilai di mata orang,namun di mata bro kalian permata yang pasti kan Bersinar secerah sang Mentari yang menyinar,bro terpaksa berkorban dengan jadual mingguan yang pastinya akan memenatkan diri,namun semangat dan komitment yang bro tunjukkan demi membangun bersama pasukan,menjadi motivasi yang terbaik buat diriku ini...
ku susunkan jadual buat ahli pasukan di setiap pelusok seakan " Bom Jangka" hanya menunggu masa meledak kehebatan seakan bunga api terpercik di langit di malam hari.... Hasil yang mengembirakan buat semua penuh warn-warni kehidupan...
Buat pasukan wilayah tengah Kl,ku susunkan setiap hari ahad malam kerna di sebelah pagi dan petang bro perlu menghabiskan masa seharian demi pengajian bro.....membentuk pasukan yang gagah perkasa seakan panglima tentera berkuda di zaman rasulullah....
Isnin...lokasi yang ku pilih adalah untuk pasukanku di Putra jaya,selasa untuk pasukan seremban,melaka & Johor,Rabu berlokasi di pejabatku sendiri .....Khamis aku mahu berehat sambil membaca Yassin di RumahMu Ya Allah InsyAllah......jumaat ku pilih lokasiku di pejabat di klang,sabtu pula aku akan mengisi kawasan utara...meliputi tg malim,Penang dan Alor setar.........Aku selalu berpesan pada diri,Tuhan akan memberi mengikut kadarnya.....insyAllah tuhan Maha Adil............
Resapi dir dengan semangat perjuangan,kata orang kalau tiada parang ulu parang pun akan ku bawa ke medan juang.........

Friday, November 11, 2011

Menata Ilmu memperkasa Diri...

Bermula dec 2011 bro akan memulakan pengajian di UM dalam bidang yang telah bro pilih..... walau kesemua apa yang ingin bro pelajari hanya sebahagian subjek yang pernah bro perolehi daripada kelulusan yang bro miliki,namun itu sekadar mengasah minda dan menajamkan gergaji minda bro....
Bro terpaksa meluangkan masa disetiap hujung minggu berulang-alik ke Kuala- lumpur,namun masa yang akan bro luangkan itu nanti,di sebelah malamnya terus akan bro gunakan untuk bermesyuarat mingguan bersama pasukan takaful bro di wilayah tengah yang akan bro jalankan di HQ jalan Ipoh....
Ada yang mengatakan Bro sekadar membuang masa untuk belajar di usia sekarang yang boleh juga di katakan agak muda,namun aku seronok menikmati setiap saat dalam kehidupanku ini.....kerana bagi bro tuntutlah ilmu sehingga ke negeri Cina...dan juga tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat.... Walau siapa pun anda,walau setinggi atau serendah pun ilmu anda,walau apa pun warna kulitmu,walau ditahap mana sekalipun penerimaan dan keupayaan anda,ingatlah anda sememangnya terlalu istemewa kerana anda antara berjuta manusia yang terus mencari dan menimba ilmu dalam mencari kehebatan diri dan keredhaanNYA.......

Di keheningan malam
ku duduk seorang diri
dalam kegelapan dinihari
hatiku gundah,gulana sepertinya
namun tiada yang dapat ku pastikan
hanya kehidupan menjadi pedoman


Hidup ini penuh dugaan
dugaan mendatang tanpa hentinya
saban hari berlalu meninggalkan diriku
namun tidak ku sesali dugaan yang mendatang
ia akan tetap kusimpul menghiasi hidupku ini


datang dan pergi dalam hidupku
meninggalkan seribu satu makna
terpalit seribu satu garisan yang penuh bererti
mengisi kehidupan ini
memberi pengalaman yang bermakna
gelak tawa srta senyum manis bersilih ganti dengan tangisan sepi
hidup tetap harus diteruskan dengan nikmat sejuta rasa


Biar apa pun yang mendatang ingatlah....
Hidup ini panjang,namun ia singkat nikmati setiap saat yang hadir biarpun pahit yang dirasakan kerana ia HARGA SEBUAH PELAJARAN KEHIDUPAN.......... 

Ruang Nafas Baru Menjelang Penghujung Detik 11.....

Pagi semalam Bro menerima pangilan dari seorang sahabat lama yang bro jumpa kira-kira 3bulan yang lepas di Cyber jaya... lantas bro sambut pangilannya dengan nada gurauan... Apa khabar sahabat ingatkan pergi Kanada lagi ke dah rindu nak naik kereta klasik bro....usik bro.. tak la katanya.... sekarang pihak Kementrian ada mengeluarkan program latihan baru..kan tuan punya syarikat telah di tauliahkan dulu..cuma program yang terdahulu dah terhenti seketika,sekarang ia di buka semula,dan keutamaannya adalah kepada syarikat-syarikat yang telah di tauliahkan dan telah disenaraikan....
ALHAMDULILAH .....syukur namun banyak yang perlu aku sediakan semula untuk menyusun segalanya bagi memastikan segalanya berjalan lancar... lalu bro katakan padanya insyAllah nanti dalam minggu depan bro berjumpa dengannya....kata bro lagi... moga-moga nanti akan ada khabar gembira buat semua dan dapatlah bro mencurah daya kreativiti bagi membangun potensi anak bangsa dengan bantuan yang di salurkan serta juga sebagai rezeki buat kami....
terkadang terasa letih juga dengan beberapa syarikat yang terlibat dengan bro secara tak langsung...kesemuanya rezeki buat kami,JS Janahara,Terbilang Agency Institute,Asmawati Resources,Zahira Collections dan juga Trusted Wealth Planner yang mana kesemuanya mempunyai skop dan peranan masing-masing. Selagi kudrat dan pasukan setia bersama selagi itu kami akan terus gagah melangkah ke hadapan biar berjuta rintangan.......

Wednesday, November 9, 2011

Lebaran Eid Qurban

Alhamdulilah Hari raya korban telah menjelma bermakna berjuta-juta umat manusia telah berwukuf di padang Arafah,kelak nanti pasti jua aku akan ke sana bersama jutaan umat manusia dari seluruh pelusok dunia bersama memohon keampunan ilahi....
 sempat juga bro meluangkan masa bersama sahabat Alumi sekolah Menengah Agama mengerjakan ibadat korban... seronok rasanya dapat bersama sahabat-sahabat di sana,kerkorbanlah biarpun sebesar zarah,kiranya ikhlas akan besar juga ganjarannya....
Selami hati dan sanubari menyucikan roh dengan pengisian kalam ALLAH....
Andai itu peneman diri nescaya akan beroleh ketenangan Hakiki....InsyAllah....

Thursday, October 27, 2011

Moga Aku Punyai Kekuatan itu....

Hari ini seperti hari-hari biasa dalam hidup bro....Penuh dengan cabaran yang sentiasa akan menjadi teman sepanjang hidup bro,kerana sememangnya bro sukakan sesuatu yang mencabar diri dan keupayaan minda....
terus memperkasa diri,dalam kesibukan mama dan mummy aku terus menyusun segala langkah memaksi diri untuk melangkah gagah bak sang panglima di medan perang.....bermula dengan langkah sekecil " inci" hinggalah kan ku pastikan ribuan kilometer...akan ku jajahi setiap genap pelusok rantau pengaruh,namun dengan pendekatan yang lebih meresapi jiwa..... kita bimbing orang jadi hebat kita 10kali lebih hebat itu janji Tuhan...

Syukur pada tuhan diatas nikmat dan rahmatnya...memberi kekuatan dan keberanian untuk lebih gagah dan perkasa.....Akan ku tempuh segala onak dan duri demi perjuanganku..... Bergerak pantas bersama pasukanku...........Biar pun hujan namun ia tetap bercahaya pelangi.....kelak pasti panas jua akhirnya..............

Renungan Buat Diri ini...... Ingatilah wahai Bro...




KUBUR BERKATA SEWAKTU SEWAKTU JENAZAH FATIMAH AZ- ZAHRA HENDAK DIKEBUMIKAN

Diki...sahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1.Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2.Hasan (anak Fatima r.a)

3.Husin (anak Faimah r.a)

4.Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1.Hendaklah ia menjaga solatnya

2.Hendaklah dia bersedekah

3.Hendaklah dia membaca al-Quran

4.Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1.Jangan berdusta

2.Jangan mengkhianat

3.Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4.Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al- Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Monday, October 24, 2011

Mulailah dengan kalimah Bismillah.....

Aku mula mengorak langkah menyusun kekuatan dan jati diri melangkah gagah memaksi kehebatan diri...Dalam kepayahan pasti berteman rintangan yang teramat sangat,namun gagahi demi kembali bersama kelompok manusia hebat di industri...
Aku mula berkerja menggunakan kreativiti minda,meninggalkan segala permasalahan kecil namun tak ku abaikan sama sekali.... aku melangkah hingga ke utara penghujung negeri kedah...
Ku bina kekuatan dan semangat pejuang di Tanjung malim Perak....
di kawasan zon tengah kelang dan putrajaya aku terus memperkasakan mereka dengan kekuatam Mental,fizikal dan Spiritual.... Begitu juga Gelombang Selatan...moga nanti  aku akan menjadi pencetus gelombang kebangkitan bak ombak kecil membesar segagah dan sehebat TSUNAMI yang mengegar DUNIA...demi menebus maruah diri dan ugama serta bangsaku ini.... Aku sentiasa bermohon padaMu agar aku dikurnia kekuatan.... kerana aku percaya aku punyai kekuatan itu..
                    Namun menuntut kesabaran yang amat Tinggi... aku akur demi masa sesungguh manusia di dalam kerugian kecuali orang-orang yang beringat..... InsyALLAH aku akan terus berjuang demi sesuatu yang aku perjuangkan....biar;lah aku menggengam bara sehingga menjadi arang.....biar kerkecai namun mengalah tiada sedetik pun didalam kamus hidup Bro.....

Friday, September 30, 2011

Mishary Rashid Alafasy - Surah Mulk (The Dominion)

Al Quran kalam ALLAH


Entah kenpa malam ini hati bro terasa sayu....bila mendengar bacaan ayat suci Al Quran... teringin rasanya kembali ke masjidil Haram.... InsyAllah terasa tenang hati takkala berada di sana sambil membaca quran bersama jutaan tetamu Allah... Ya Allah moga Engkau kurniakan hambamu ini kekuatan dan rezeki sebagai tetamu MU lagi.... insyAllah memang Bro mau ke sana lagi....Pastinya nanti akan terlalu murah airmataku takkala bersama jutaan tetamu Allah dalam mencari keampunan dariMu....insyAllah... moga nanti juga hati akan lebih tenang di dalam RahmatMu ya Allah... sesungguh Engkau maha berkuasa keatas setiap sesuatu yang engkau kehendaki...Moga RahmatMu sentiasa bersama kami..sesungguhnya hanya tuhan yang mengerti apa yang ku rasakan..namun ingatlah tuhan tidak akan menduga hamba-hambanya melainkan hambanya itu mampu menangani dugaannya..agar ia menjadi hambanya yang lebih baik....dan takkala ia mampu menangani dugaannya insyallah pasti ada sesuatu dan hikmah buatku kelak...

Tuesday, September 13, 2011

Syawal 2011 bulan kelahiranku..

Alhamdulilah sept menjengah bulan kelahiran Bro.... meningkat usia bro di dalam meniti arus kehidupan yang alhamdulilah semakin mengembirakan...kedua-duanya di dalam keadaan yang baik....Haikal yang ku gelarkan adik semakin keletah meningkat usianya..semakin laju melangkah di hari lahirnya yang pertama...Mama kulihat semakin berisi badannya..sentiasa sibuk dengan urusan butiknya...Mummy apantah lagi seakan tak menang tangan melayan si Adik...membesar... puteri keduaku sedang berjuang menghadapi UPSRnya..Ayah doakan yang terbaik buat kalian....
Doaku Ya ALLAH moga engkau kurniakan kerahmatan dan kasih sayang serta rezeki buat kami sekeluarga dan buat semua.............Amin...
kerna itu pastinya lebih membahagiakan buat kami...

Tuesday, September 6, 2011

Lebaran Lahirmu..

Selamat hari lahir buat anakku yang tersayang Haikal Haqimy.... Setahun sudah menjengah usiamu... moga nanti terus menjadi insan hebat..... Gembira rasanya bila melihatkan keletahmu..bertatih dan belajar berjalan sambil terjatuh dan bangun semula..itulah kamu anakku...
Tiada kata secantik bahasa...tiada anugerah sehebat anugerah seperti mu anakku....

 Selamat hari lahir buat anakku tersayang,
walau jauh di mata dekat di hati...
terima kasih tidak terhingga buat mama,
kerana memberi peluang menyayangi adik..
kenangan bersama adik tetap terpahat di hati Papa...

semoga adik menjadi anak yg solehah,
semoga adik sihat sentiasa,
semoga adik ceria selalu di samping mama dan keluarga,
jangan nakal-nakal...
jangan gaduh2 dgn Kak Anis,aishah dan ain yang sentiasa menyayangi...
doa terbaik dari ibu papa buat adik,
moga ALLAH mendengarnya,

Monday, August 1, 2011

Salam Eid Ramadhan.

  Ramadhan Menjengah lagi...syukur alhamdulilah segalanya bertambah lancar dan ceria.... Maama dan Mummy semakin ceria....anak-anak semakin membesar tak terkecuali si haikal semakin nakal keletahnya....Anis Zahira semakin meningkat dewasa,Aishah Zahira sentiasa berada di rumah nendanya dalam menghadapi peperiksaan darjah 6,semakin sibuk kerana ia berada di dalam skuad Elit sekolahnya bertungkus lumus untuk mendapatkan keputusan yang terbaik buat dirinya juga sekolahnya. Manakala Ain Zahira sentiasa tenang menemani ibunya setelah habis sekolah petang di butik.....Mummy seperti biasa menenami si bujang kecilku si Haikal Haqimy dengan  keletahnya.... Malam tadi Terawih pertama kami di Masjid Klia Sepang.... Moga Ramadhan ini memberi kita sebanyak-banyak Fadihlat,Keampunan dan RahmatNYA...


kemaafan 1 ketenangan buat jiwa
keinsafan 1 kepuasan bagi hati
kesilapan 1 teladan pada diri
kegembiraan 1 nikmat dari ILAHI
kesedihan 1 ujianNYA Ya Rabbi
semuanya memerlukan 1000
pengorbanan yang akan membawa
sejuta hikmah paling berharga
dariNYA MAHA ESA
Marhaban Ya Ramadhan 1432 Hijrah ~ ♥ ~ ♥ ~ ♥


SALAM EID- RAMADHAN..

Wednesday, July 20, 2011

Permata Hati Mejajah Bumi..

Syukur alhamdulilah....Buah hati pengarang jantungku Si Haikal Haqimy... semakin keletah bercakap.... pelbagai ragam dan rentak bicara mulai kedengaran..... entah apa yang dibicarakan juga terkadang aku sendiri kurang memahaminya....yang pasti ia semakin membesar dan dewasa wahai anakku....terkadang ia lebih selesa bermain sendirian terkadang juga tanpa disedari ia telah pandai turun katil mengukur setiap inci ruang dapur dan rumah....
Hari ini ia semakin pantas berjalan tak kala telah mendapat kakinya... tarkadang penat juga melayan keletahnya...setiap masa mahu berjalan seakan tak tahu penat,melainkan apabila merasa dahaga dan lapar barulah ia akan berhenti melakukan segala aktivitinya..... teruslah membesar wahai anakku yang tersayang...terokailah segala apa yang ingin kau lakukan asalkan tak melangar hukum syarak sayangku....

My Classical Baby

Tiba -tiba hati tertarik pada si Classical Baby,lalu dengan perbincangan  dan harga yang di persetujui lalu ku bawa pulang ia....Aku juga memperuntukkan sejumlah Nilai untuk membaik pulihnya agar ia lebih kelihatan tanpak bergaya persis orang muda biarpun berusia lewat 80an..... Dengan sedikit pengubahsuaian,sistem bunyi,dan tona warna,aku masih mempertahankan ciri-ciri klasiknya..... Terkadang takkala petang akan ku bawanya berjalan-jalan mengelilingi kota takkala itu tanpa kusedari telah sampai ke Kuala-Lumpur....
Terasa juga kehebatannya takkala ia meluncur laju membelah Lebuh raya... tak terkalang juga minyak yang ku isi...seakan pantas menghirup setiap inci bahanapi yang ku isi....Namun biarlah sekadar hobi pengisi masa juga melayan kehendak hati..... Bak kata orang Muda berjiwa Klasik.....

Tuesday, May 3, 2011

Mei...kau hadir Lagi...

Alhamdulilah diam tak diam Mei telah menjengah hampir 5 bulan akan berlalu di tahun 2011.Perjalanan semakin mudah di rasakan. Alhamdulilah Mama dan Mummy semakin bersemangat,takkala ku lihat masing-masing bertambah sihat dengan peningkatan berat badan,mungkin hati semakin tenang dan gembira,syukur pada tuhan di atas rahmatNya buatku,kelahiran Haikal menambahkan seri hidup bersama puteri-puteri kesayanganku....pelengkap hidup bersama suri-suri hidupku...Mummy semakin rajin mempelajari selok belok agama Islam,saban minggu belajar mengaji dan sembahyang...Moga terus dibukakan hidayah buatnya...Ya Alah moga engkau panjangkan jodoh antara kami semua.....
Bro akan terus bangkit untuk memastikan bro akan turut serta bersama-sama orang hebat di persidangan di Los Angeles pada tahun 2012.
Kerana sememangnya dulu aku dalam kelompok itu,namun mungkin juga tuhan mahu aku sentiasa menggingatiNya..sebagai tanda bersyukur kepadaNYA....
InsyAllah segala yang berlaku pasti ada Hikmahnya...buat aku sentiasa bersyukur..mungkin sebagai tanda ingatan dan mungkin tuhan mahu aku berehat untuk muhasabah diri semula.......
Moga Engkau permudahkan segala urusan hambaMu ini,mudah-mudahan............    

Saturday, April 2, 2011

Jaluran Hidup....


Alhamdulilah  hampir 3 bulan telah berlalu di tahun 2011,1st quarter telah berlalu,namun syukur pengisian terus mantap dalam hidup bro... Langkah terus laju dalam menata hati dan mengharungi perjalanan hidup yang ku rasakan semakin teratur rapi dan semakin kemas cita dan haluan hidup,biar pun berliku namun itulah hakikat sebuah kehidupan yang ku ingini.....
Anak-anak semakin menjengah remaja dan dewasa Mama semakin gembira melihatkan perubahan fizikal dan mental sedari pemerhatianku..... Mummy juga semakin gembira dengan kehadiran Haikal Haqimy yang semakin keletah mengusung usia untuk semakin membesar.......
Alhamdulilah laluan kerjaya biar pun tampak sukar namun lebih mudah dengan penghasilan perniagaan yang semakin laju berkembang dengan pesatnya... Langkah ku semakin berani dalam melayari kehidupan yang ku dambakan bersama anak-anak dan pelengkap-pelengkap suri dalam hidup bro yang semakin indah ku rasakan....
InsyAllah beberapa bulan kehadapan bro ingin berehat bersama hobi baru yakni 4x4 menjengah hutan belentara melihat kebesaran alam ciptaan tuhan yang indah.... bak kata orang lihatlah dunia....jangan hanya bersendirian tanpa sesiapa...mungkin bro ingin dan perlu memiliki sebuah lagi pacuan Empat roda untuk bro gunakan bagi menjelajah belantara.... atau mungkin nanti akan di kenali " Sang Belantara" ..... mungkin sekadar suka-suka bagi mengisi keinginan dan naluri jiwa.......

Wednesday, March 23, 2011

Bunga Kehidupan...



Perjalanan hidup semakin menyeronokkan biarpun jua semakin mencabar namun itulah perjalanan kehidupan yang bro dambakan,kerana sememangnya hidup yang sedemikian yang pastinya akan lebih bererti dan bermakna.
Alhamdulilah mama dan mummy berputar di dalam paksinya yang tersendiri namun arah Kompas haluan perjalanannya semakin seiring dengan perjalan hidup bro,dengan berpaksikan kemudi haluan yang diketuai oleh bro.....
Makin tersusun dan terencana dengan rapi kearah matlamat perjalanan hidup yang dituju...
Biarpun dalam hidup yang mencabar ini bro harus terus bertindak di dalam 6 perkara utama :

1: Discovery
2: Desire
3: Decision
4: Determination
5: Discipline
6: Dedication
Semuanya takkala dilaksanakan akan punyai paksinya yang tersendiri namun punyai arah tujuan dan perjalanan kearah matlamat yang satu...........
Terus kuat dengan medan bulatan pengaruh agar bulatan keperihatian semakin mengecil.....
Bro juga tidak mahu tergolong di dalam golongan " THE LOSER" dan bukan sahaja sebagai The Looker,The Talker atau sekadar The Follower namun biarlah bro adalah orang yang tergolong di dalam kumpulan " THE DOER".
Bro juga telah merencana perancangan Utama sebagai nadi perjalanan,Yakni....



POSITIONING MYSELF :
1:   HAVE VISION FOR LIFE & CAREER
2:  THINK SUCCESS
3:  HAVE A LIFE MASTER PLAN
4:  HAVE AN ACTION PLAN
5:  TAKE CONTROL OF LIFE AND BUSINESS
6:  BE DILIGENT AND WORK HARD
7:  GO FOR PROFITABLE GROWTH
8:  EVALUATE PROGRESS
9:  GOOD TIME MANAGEMENT
10: BE RESULT-ORIENTATED
11:  MANAGE YOUR FINANCIAL SUCCESS
12: MAINTAIN GOOD HEALTH
13: TAKE HOLIDAY AND SEE THE WORLD

14: HOME STILL THE MOST IMPORTANT PLACE

15: FAMILY AND PRAYER TIME TOGETHER IS STILL THE MOST 
     IMPORTANT.

Saturday, March 5, 2011

Kita Penentu Kediri....

Mac telah menjengah dalam perkiraan hidup atau perniagaan kita telah hampir menghabiskan 1st Quarter daripada 4 Quarter dalam setahun.Alhadulilah 1st quarter 2011 menunjukkan penghasilan yang jauh lebih baik berbanding tahun yang lalu. Alhamdulilah juga kedua-dua amanah bro Mama dan Mummy berada di dalam keadaan yang juga lebih baik. Aku harus terus merencana dan bertindak ke arah apa jua matlamat yang telah di rancangkan....
InsyALLAH segalanya berjalan dengan lancar,mudah-mudahan....
Aku akan pastikan segalanya yang TERBAIK buat MEREKA...
Perjalanan masih jauh namun aku tak harus ALPA......

Tuesday, February 1, 2011

Kalau dah JODOH tak kemana...Andai tak ada jodoh nak buat MACAMANA...

Alhamdulilah menjengah Feb 2011 dalam diam tak diam kita merentas 33hari di tahun 2011..... di manakah kita tika dan saat ini,adakah segalanya seperti yg dirancangkankan.... Alhamdulilah perjalan bro semakin lancar dan segalanya mengikut paksi dan kekuatan masing-masing bersandarkan matlamat yang sama untuk di capai....bak kata orang biarlah kita pening kerana banyak kerja.berbanding pening tak ada kerja...
Syukur pada tuhan jentera pasukan semakin mengalas matlamat dalam memacu semangat pasukan ke tahap tertinggi bagi menghasilkan penghasilan yang TERBAIK.....
Biar laluan tampak sukar,pastinya ia akan semakin MUDAH,takkala semangat dan matlamat yang dipacu JELAS....

Saturday, January 22, 2011

Wahai Anakku Puteri Anis Zahira.......


 
Terasa letih juga melihat kehendak puteri sulungku......... setelah segalanya diuruskan pertukaran sekolahnya ke Pahang baru-baru ini,tiba-tiba dia menyatakan luahanan hati tidak mahu berpindah ke sekolah tersebut.... anatara sekolah yang baik buatnya.... namun aku sebagai orang tua akur,kerana aku pernah berkata kepadanya.... kejarlah impian mu bukan impian dan cita-cita orang tua mu...
Biar pun dia memilih untuk tidak berpindah dan kekal disekolah lamanya aku tetap gembira dengan apa jua keputusan yang dibuat olehnya... ini menandakan puteriku semakin dewasa dan belajar membuat keputusan buat dirinya sendiri...dan buat di pengaruhi oleh sesiapa....
pesanku lagi walau di mana kita berada walau d pelusuk dunia sekalipun andai kita permata yang bersinar pasti kan tetap bersinar biarpun beribu batu jauhnya........... bak setitis embun di dedaunan teratai..... bersinar bak permata takkala disinari mentari...... believe in your self.....be what u want to be....

Monday, January 17, 2011

Nanyian si Pembuka Tirai.....

Salam buat semua januari telah menjengah hampir setengah bulan,alhamdulilah segala tampak berfungsi mengikut paksinya,seperti biasa bro dalam menjalani perjalanan dan rencah kehidupan yg sememangnya menyeronokkan dan mencabar setiap individu manusia itu sendiri.....
Last week sahaja dua kali bro berulang alik ke pahan memandu sejauh hampir 400km lebih di atas urusan anak-anak tersayang..demi menjengah masa depannya bro lakukan juga,tanpa rasa kepenatan barang sedikit pun,biarpun hakikatnya tuhan telah menghadiahkan bro yg di namakan " tidak sihat " berserta dengan tekanan darah yang rendah,panas badan yang melampau dan batuk berdarah,terima kasih tuhan di atas nikmat sejuta rasa ini............  Alhamdulilah segala perancangan bro di dalam tirai 2011,mula bergerak seperti yang direncana,biar bertatih kelak akan berlari pantas jua akhirnya...... usah disesali dan di tangisi akan kelemahan itu,namun perkasakan segala aspek kekuatan yang dimiliki,kelak akan tertutup dengan sendirinya kelemahan itu.......... Aku mahu menjadi yang terbaik bukan hanya dimataku sendiri malah pada pandangan semua juga disisiNYA.... insyALLAH.............

Thursday, January 6, 2011

Kaligrafi Diri...

Bro harus menyusun diri dan pasukan ke tahap sebenar berlandaskan Empat tahap Kepimpinan,melibatkan :
1: Peribadi - Mengujudkan rasa boleh di percayai
2: Interpersonal - Yakni rasa percaya
3: Pengurusan - Memberi kuasa/mewakilkan kuasa
4: Organisasi - Meluruskan
kerana ke empat-empat eleman kepimpinan ini harus selari dengan misi dan visi bro di tahun 2011 ini,barulah bro boleh memimpin diri dan pasukan ketahap yang tertinggi,di mana bila pasukan berada di tahap motivasi yang tertinggi pastinya akan menghasilkan penghasilan yang tertinggi juga. Ia harus berganding bahu dan selari dengan matlamat yang direncana.
Juga aku harus membangun ahlak kerana seorang yang berakhlak tinggi menunjukkan integriti,kematangan dan suatu Mentaliti Kelebihan juga membangun Kecekapan,kerana hanya yang berkecekapan tinggi mempunyai pengetahuan dan kebolehan yang mendalam dalam sesuatu bidang tugas yang di ceburi....
Namun bro akan terus berpegang pada prinsip, Tenang.Yakin.Sungguh-sungguh dan Konsisten.
Dalam meniti cabaran alaf baru kepimpinan bro akan melihat keupayaan diri,kelemahan harus di perbaiki dan kekuatan akan terus di pertingkatkan..... kerana jangan dikesalkan akan kelemahan itu,namun terus ingin menjadi yang lebih baik dari semalam,takkala kekuatan di perhebatkan,kelemahan itu akan sendirinya hilang.... kata orang masalah tak akan bertahan lama takkala penyelesaiannya ditemui....
kerana Gaya kepimpinan itu sendiri ada 4jenis:

1: Dinamik Leader
2: Interpersonal Leader
3: Analytical Leader
4: Blend
Jarang sekali pemimpin mempunyai lebih dari 2 gaya kepimpinan,apa yang harus bro lakukan adalah bergabung dengan pasukan bagi mengisi kelemahan diri,dan menjadi pelengkap antara pasukan agar menjadi satu pasukan yang mantap dan lebih proaktif dalam menjana pencapaian diri dan pasukan.
Penekan dalam membangun potensi diri dan pasukan,mewujudkan pasukan yang memahami dan pakar dalam matrik pengurusan masa dan potensi.
Penetapan matlamat dan hala tuju harus jelas atau SMART.
1: S - Specifif : keatas apa yang mahu di capai,saat ini,hari ini,esok,bulan ini,tahun ini dan next.
2. M- Measurable : Boleh diukur berdasarkan keupayaan dan potensi diri.
3. A - Achieveable : Harus lah sesuatu yang mampu dicapai,biarpun " Imposible is nothing ".
4. R-Reasonable : Sebab yang kuat bagi mencapainya, harus ada motivasi dalam sebagai self driver.
5. T - Time bound : Tempoh bagai mencapainya.
Bro harus menekankan perubahan cara berfikir... menggunakan kuasa minda,kerana kita akan dapat seperti apa yang kita pilih untuk fikirkan..... Kata orang knowledge is power,namun kata bro applied knowledge is power...... berlarilah SEPANTAS HIDALGO,biar jantung dan bumi bergegar namun mengalah tidak sekali......... GENGGAMLAH DUNIA didalam gengamanmu bro,namun jangan sesekali benarkan dunia menggengammu........