Hari ini bro membentangkan kertas kerja cadangan di mesyuarat Tahunan
Persatuan Ibu-ibu tunggal,alhamdulilah ku lihat sokongan baik bro terima
biar hanya sekadar seketika masa yang di peruntukan buat bro,namun
syukur segalanya tampak di permudahkan buat bro.... sambil kupanjangkan
pelan cadangan dan kebajikan buat mereka kepada pengerusi Negeri untuk
di bawa ke peringkat Nasional... Bro tahu mereka mulia cuma nasibnya
kurang menyebelahinya.... mungkin kerna kematian suami tercinta,mungkin
suami di curi orang dan mungkin juga suaminya mencuri orang lain.. siapa
tahu namun pada bro mereka jua punyai hak untuk hidup gembira dan
bahagia walau apa jua keadaan sekalipun....
Saturday, June 23, 2012
Thursday, June 21, 2012
Aku juga penentu Hala tuju Negara tercinta...
Bahang pilihanraya ke13 semakin dirasai,bro rasakan ia semakin hampir entah macamana bro bro boleh terlibat secara tidak langsung dengan pilihan raya... Bermula daripada persatuan Ibu-ibu tunggal selangor,merancang untuk mengadakan program kebajikan kasih Rakyat Ibu Tunggal,mencetus idea untuk membawanya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat NASIONAL... juga bro mencadangkan program Front Liner petugas-petugas pilihan raya... ku susun jadual untuk bertemu ahli parlimen,disusuli oleh pecahan pengerusi-pengerusi bahagian setiap negeri yang mana setakat ini membabitkan 7 Negeri di Malaysia dengan penglibatan seramai 1.5juta petugas jentera pilihan raya.... bro merancang dan merangka program ini sebagai program nasional tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang budaya dan agama demi kebaikan dan di nikmati oleh semua... Mudah-mudahan di permudahkan segala urusan Bro.....
Dan moga apa yang bro lakukan di Rahmati ALLAH dan memberi kebaikan buat semua... InsyALLAH AMIN...
Wednesday, June 20, 2012
Aku bermimpi,namun apakah ertinya itu.....
selang beberapa hari yang lalu selepas aku menunaikan solat isyak berjamaah lewat jam hampir pukul 11 malam,selesai solat aku melelapkan mataku,tanpa aku sedari setelah seharian aku sibuk dengan pelbagai tugasan seharian akhirnya aku terlena.... Rupanya malam itu aku bermimpi,aku pergi ke tempat biasa aku memancing,ku lihat tempat itu sangat penuh dengan orang yang ramai,malah ramai diantara mereka ku kenali,namun yang menyedihkan bro salah seorang daripada mereka malah menyuruh bro pergi ke tempat yang lain seakan menghalau ku dari situ,kamu pancinglah kat sana bentaknya.... aku seakan megikut sahaja apa yang disuruh kerana tidak mahu mencetuskan pergaduhan antara mereka.....
Lalu aku membawa diri menuju tempat tersebut,ku lihat airnya sangat kotor,yang ada hanya aku berseorangan memancing di sana... bila ku lihat di di balik air itu..ku lihat banyak ikan kelisa di dalamnya.... aku cuba memancing seekor kelisa emas di dalamnya... ikan itu cuba memakan umpan yang ku hulurkan padanya,ikan itu memakannya namun,umpan ku lihat semakin habis hingga kelihatan mata kailnya namun aku gagal menangkap ikan tersebut...
Aku tidak berputus asa malah aku terus mencuba lagi,tiba-tiba joranku di ragut oleh seekor ikan kelisa juga namun ku lihat ikan kelisa seakan buruk kelihatannya,namun aku bersyukur kerana joranku mengena seekor ikan,rasa gembira mungkin ini rezeki yang dapat ku bawa pulang untuk di makan bersama keluargaku...
Rupa-rupa ia tak semudah yang disangka,ikan yang ku lihat kecil sahaja rupa-rupanya terlalu berat untuk ku tarik ketika mengulung joranku... ku rasakan joranku tak mampu ku putar lagi,lalu ku pintal tali joran itu membelit tanganku berulang-ulang kali,hingga tangan ku berbirat-birat hingga berdarah....namun aku gagahkan jua kudratku demi membawa sesuatu yang dapatku berikan buat keluargaku... entah kenapa akhirnya setelah hampir setengah jam aku berjuang akhirnya aku mampu menaikkan ikan tersebut.....
Ya ALLAH aku terperanjat melihat ikan arowana tersebut walaupun tak secantik ikan arowana emas yang cuba aku tangkap sebelum ini,kerana Maha suci ALLAH..subahanalloh,besarnya ikan tersebut lalu ku peluk tak muat tanganku memeluknya dan Ya ALLAH panjangnya hampir 3 pemelukku.......besar dan panjang.....aku terjaga dan bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan tuhan namun aku juga beristighfar kerana ia hanya sekadar mimpi..... aku sendiri pun tak tahu apakah maksudnya itu.... namun aku REDHA dengan setiap ketentuanNYA......
Debaran buatku...keluarga mata hati bro....
Aku berehat bersama isteriku yang pertama di rumahnya,sempat aku membawa kereta klasikku volvo 244 tahun 1980 yang juga ku panggil sebagai "Gebeh",menservisnya,mengisi gas aircondnya,membuat stiker barunya secara custom di kedai stiker,setelah siap semuanya aku membawa isteri dan puteri-puteri ku merentas putra Jaya menuju shah alam,lalu singgah membeli belah di shah alam,lalu meneruskan perjalanan bersama si gebeh menuju kelang pula,sempat kami sekeluarga pergi ke kawasan pasaraya borong GM di kelang,tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu panggilan menerusi telefon isteriku yang pertama iaitu panggilan daripada isteriku yang lain,kak abg mana?kenapa saya call abg tak angkat,lalu diserahkan telefon tersebut kepada ku<lalu aku menjawab.... Tel abg bateri out,patutla katanya lagi saya call abg voice mail... sekarang kereta terbakar di lancang katanya lagi,apa lagi saya larilah selamatkan diri dan anak-anak,katanya lagi.... saya kata tak apa la asalkan u dan anak-anak selamat,lalu dia menelefon plus ronda untuk menarik kereta tersebut ke perhentian tol yang berhampiran demi memastikan keselamatan terjamin...
Aku bergegas menuju ke tol karak.... selang beberapa sampailah aku di sana.... tersenyum ku lihat gadis si mata lolong melihat kehadiranku di sana... anak-anak ku menerpa lalu seakan mahu menceritakan segala-galanya yang berlaku kepada ku... lalu ku dapatkan bantuan trak towing,lalu ditunda keatas lori towing dengan persetujuan bayaran sebanyak RM 450,maka berjalan pulan la kereta menuju shah alam ke bengkel tempat biasa bro menservis kereta-kereta bro yang lain,bengkel khas untuk mercedes,Bmw dan kereta import yang lain....
Aku gembira yang penting keselamatan keluargaku,kerana mereka lebih berharga dari segala-galanya...
Aku bergegas menuju ke tol karak.... selang beberapa sampailah aku di sana.... tersenyum ku lihat gadis si mata lolong melihat kehadiranku di sana... anak-anak ku menerpa lalu seakan mahu menceritakan segala-galanya yang berlaku kepada ku... lalu ku dapatkan bantuan trak towing,lalu ditunda keatas lori towing dengan persetujuan bayaran sebanyak RM 450,maka berjalan pulan la kereta menuju shah alam ke bengkel tempat biasa bro menservis kereta-kereta bro yang lain,bengkel khas untuk mercedes,Bmw dan kereta import yang lain....
Aku gembira yang penting keselamatan keluargaku,kerana mereka lebih berharga dari segala-galanya...
Saturday, June 9, 2012
Detik waku yang berlalu Mendatang buat ku...
hanya aku yang mengerti dan aku menyakini Kekuasaan MU...justru aku di lontarkan dugaan terindah daripadaMU ya ALLAH.... hebat,hanya aku yang merasainya....
Tuesday, June 5, 2012
Moga Aku Terus GAGAH....
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
( ulang korus )
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan
Lirik Warisan - Sudirman
Saturday, June 2, 2012
Bangkit daripada KUBUR.....
Aku ibarat mumia yang dikebumi hidup-hidup,tanpa seurat balutan pun menyelimuti tubuh,penuh ranjau dan keperitan ibarat kesejukan di artik..... Hari ini aku bertekad dengan segara kudrat yang ku miliki walau terpaksa merangkan di padang pasir akan ku gagahi jua,umpama Nabi Adan dan Hawa beribu batu jauhnya di turunkan di bumi namun akhirnya hanya kuasa ALLAH yang mampu menemukan mereka berdua di Jabal Rahmah.... Aku percaya tuhan itu maha Adil dan berkuasa keatas setiap sesuatu yang dia kehendaki.... Kerana ALLAH punca percaturanNYA sendiri.... Mungkin demi ingin melihat aku lebih baik daripada sebelumnya...
Aku percaya mungkin ALLAH mahu memberi aku sesuatu yang besar di kemudian hari....
Syukur aku masih punyai nafas demi perjuanganku ini...Hanya tuhan yang mengerti setiap apa yang ku rasainya dan aku laluinya....
Aku percaya dengan KekuasaanNYA..... aku pasrah andai hari ini aku terpaksa berbumbungkan Langit dan bercahayakan Bulan dan Bintang di sepanjang perjuanganku....
Subscribe to:
Posts (Atom)