I Want to be a Major Player in Industry

Wednesday, June 20, 2012

Aku bermimpi,namun apakah ertinya itu.....



selang beberapa hari yang lalu selepas aku menunaikan solat isyak berjamaah lewat jam hampir pukul 11 malam,selesai solat aku melelapkan mataku,tanpa aku sedari setelah seharian aku sibuk dengan pelbagai tugasan seharian akhirnya aku terlena.... Rupanya malam itu aku bermimpi,aku pergi ke tempat biasa aku memancing,ku lihat tempat itu sangat penuh dengan orang yang ramai,malah ramai diantara mereka ku kenali,namun yang menyedihkan bro salah seorang daripada mereka malah menyuruh bro pergi ke tempat yang lain seakan menghalau ku dari situ,kamu pancinglah kat sana bentaknya.... aku seakan megikut sahaja apa yang disuruh kerana tidak mahu mencetuskan pergaduhan antara mereka.....
Lalu aku membawa diri menuju tempat tersebut,ku lihat airnya sangat kotor,yang ada hanya aku berseorangan memancing di sana... bila ku lihat di di balik air itu..ku lihat banyak ikan kelisa di dalamnya.... aku cuba memancing seekor kelisa emas di dalamnya... ikan itu cuba memakan umpan yang ku hulurkan padanya,ikan itu memakannya namun,umpan ku lihat semakin habis hingga kelihatan mata kailnya namun aku gagal menangkap ikan tersebut...










Aku tidak berputus asa malah aku terus mencuba lagi,tiba-tiba joranku di ragut oleh seekor ikan kelisa juga namun ku lihat ikan kelisa seakan buruk kelihatannya,namun aku bersyukur kerana joranku mengena seekor ikan,rasa gembira mungkin ini rezeki yang dapat ku bawa pulang untuk di makan bersama keluargaku...
Rupa-rupa ia tak semudah yang disangka,ikan yang ku lihat kecil sahaja rupa-rupanya terlalu berat untuk ku tarik ketika mengulung joranku... ku rasakan joranku tak mampu ku putar lagi,lalu ku pintal tali joran itu membelit tanganku berulang-ulang kali,hingga tangan ku berbirat-birat hingga berdarah....namun aku gagahkan jua kudratku demi membawa sesuatu yang dapatku berikan buat keluargaku... entah kenapa akhirnya setelah hampir setengah jam aku berjuang akhirnya aku mampu menaikkan ikan tersebut.....
Ya ALLAH aku terperanjat melihat ikan arowana tersebut walaupun tak secantik ikan arowana emas yang cuba aku tangkap sebelum ini,kerana Maha suci ALLAH..subahanalloh,besarnya ikan tersebut lalu ku peluk tak muat tanganku memeluknya dan Ya ALLAH panjangnya hampir 3 pemelukku.......besar dan panjang.....aku terjaga dan bersyukur sangat-sangat dengan kurniaan tuhan namun aku juga beristighfar kerana ia hanya sekadar mimpi..... aku sendiri pun tak tahu apakah maksudnya itu.... namun aku REDHA dengan setiap ketentuanNYA......

No comments:

Post a Comment