I Want to be a Major Player in Industry

Sunday, December 19, 2010

Aku terlantar diduga dengan nikmat kesakitan

 

Tiba-tiba aku sakit yang tak tertahan di bahagian perut,hampir pengsan aku rasakan....
Tanpa disedari isteri tercinta membawa aku ke salah sebuah Hospital untuk mendapatkan rawatan.....
Akhirnya aku akur dan terpaksa menginap di hospital tersebut.....dalam berat hati aku turutkan...
Teringat aku beberapa belas tahun ,mungkin telah berpuluh tahun yang lalu aku terpaksa menginap di hospital akibat kemalangan jalan raya,ahhh..... aku menginap lagi buat kali kedua..... aku tidak mahu menginap lagi di masa akan datang..bisik hati ku...
Aku perlu sihat,takkala aku mahu menyedapkan hati,aku punya tanggung jawab yang besar buat semua pimpinan dan tanggung jawab yang sedang dan akan ku pikul kelak...

Selama 4hari aku terlantar,berpuasa dan menjalani pelbagai pemeriksaan dan rawatan,dan akan menjalani rawatan susulan.... Namun apa yang tuhan berikan kepada aku biarlah menjadi rahsia...


aku tidak mahu sesiapa risau dan bersedih...


Andai esok tiada lagi nafas buatku...aku tak akan menyesal...... kerana itulah perjanjian dan anugerah yang tuhan berikan buatku di dunia ini...... Aku akan cuba setenang mungkin seolah tiada apa yang berlaku,biarpun hakikatnya sebaliknya...


Biarlah ia menjadi rahsia di dalam rahsia...antara aku dan Tuhan...

No comments:

Post a Comment