Hari ini aku gembira bercampur sedih,namun mana satukah perasaanku yang sebenar,aku pun tak tahu..... Dalam kegembiraan bercampur baur jua dalam rasa duka bergenang dihati kecilku...
Gembira entah kenapa tiba-tiba mama menyatakan hasrat dan meminta aku mencari lokasi baru untuk butiknya bagi mengantikan butik yang sedia ada sekarang,kerana apa,yang pasti ia akan jauh daripada penasihat yang mencalar bahtera perkahwinan kami..... kalau pun nanti takdir memisahkan kami,biarlah itu kehendak ikhlas dari hatinya namun bukan hasutan sesiapa... kerna itu yang terbaik....
Biarlah mama jauh dari pencalar itu..... biarpun telah habis berpuluh ribu ringgit di sana,biarlah seakan bermula semula tak mengapalahlah..... hati aku tenang...
Aku dengan senang hati menawarkan diri memberi ruang masa untuknya biarpun sesibuk mana diriku... akhirnya aku berjaya mendapatkan sebuah lokasi yang kurasakan baik untuk mama bermula semula bagi menjalankan perniagaan butiknya..... Kali ini aku benar-benar restu buatnya... ku tanyakan padanya mahukah ia,setujukah ia dengan lokasi baru yang ku pilih itu,alhamdulilah dia menerima dengan baik setakat ini, aku berjumpa dengan agen hartanah yang menguruskannya,akhirnya aku dapat bersua muka dengan pemilik sebenar kedai tersebut.... alhamdulilah mungkin rezeki kami.... ia di miliki oleh seseorang yang sebenarnya amat-amat ku kenali.... cuma tidak ku sangka kedai itu kepunyaannya..... kerana beliau adalah orang yang berada,katanya lagi ramai yang mahukan tempat itu..tapi entah kenapa hatinya belum terbuka untuk memberikan pada sesiapa sehinggalah aku bertemu dengannya,entah kenapa hatinya terbuka untuk memberikan kepada kami.... entahlah mungkin ini sepalit kegembiraan yang tuhan berikan padaku,biarpun aku tidak tahu entah sampai bila aku akan mampu bertahan,dan saban hari aku menghitung hari menanti debaran hari mahkamah bersidang..... entahlah...... mungkin juga ini adalah sekelumit jasa yang pernah aku lakukan.... biarpun tak siapa yang tahu namun biarlah......
Alhamdulilah segala urusan selesai sudah...hanya perlu sedikit pengubahsuaian...agar ia lebih tersusun rapi selayaknya..... Takkala malam mama mengajak ku suatu tempat bersama anak-anakku di suatu tempat yang mana perjalanan hampir memakan masa 1jam,biar pun dalam keletihan ku turutkan juga...... biarlah aku yang letih bukan siapa yang tahu mahu pun peduli....
Aku menunggu di luar bersama puteri bongsuku,sedang puteri bongsu ku sedang asyik menikmati biskut tiger yang di beli bersamaku di 7 eleven,aku termenung sambil ditemani sahabat setia ku sejak berpuluh tahun lalu..... ku hembus perlahan-lahan,sambil ku sedut dalam-dalam seolah fikiran ku kosong terkenangkan sms yang dikirimkan oleh Mummy jam 12tengahari tadi..... Biar pun Mummy berada beribu batu jauhnya dariku..... namun kata orang jauh dimata tetap dekat di hati.... Sms nya ringkas namun menggangu hati kecilku.... " B... darah ani turun lagi...jadi 7.0"...... Tiba-tiba aku tersentak takkala Puteri ku yang kedua memanggilku..Ayah kedengaran suaranya...........
Sepanjang perjalanan ku lihat Mama ceria sambil bercerita yang dia mahu membawa anak-anak ke Bandung takkala hari Raya nanti,katanya biarlah jauh dari semua....... kerana beliau tidak mahu menginggati masa lampau,katanya lagi nanti boleh dia dan anak-anak berjalan-jalan sambil mencari stok barang untuk butiknya............ Entah namaku langsung tiada kedengaran untuk bersama mereka, lalu dengan nada dan rasa kerendahan hati aku menegur mama,biar pun apa yang terjadi antara kita di masa depan jangan di hukum dan di ragut kegembiraan anak-anak takkala Hari Raya nanti,biarlah mereka menikmati keriangan Hari Raya seperti anak-anak kecil yang lain biarpun aku tiada di sisi mereka nanti,andai itu membahagiakan mama,akan kuturuti,namun pintaku biarlah anak-anak merasai nikmat di hari Raya nanti....Gembira takkala menerima sampul duit raya biarpun hanya Rm 1 di dalamnya....kerana itu haknya sebagai anak,dan kita sebagai orang tuanya harus memastikan ia berlaku buat mereka.... biar pun kita tidak lagi di takdirkan untuk bersama...... dalam perjalanan pulang aku masih teringat Sms Mummy..... Rupa-rupanya tadi beliau pergi ke klinik ibu mengandung,Doktor menegurnya kerana tidak pernah menepati masa apabila temujanjinya ke klinik.... maaf memang itu salahku...... pernah ketika tarikh temujanjinya aku di Indonesia,pernah berulang kali aku menukar tarikh temujanji hanya kerana kesibukan aku sendiri dengan konyensyen,seminar dan mesyuarat,mungkin aku alpa..... dan hari ini sekali lagi dia ke klinik ibu mengandung tanpa aku di sisi..... suami apakah aku,namun itu pintanya..... terkadang sedih dan sesal terhadap apa yang ku lakukan padanya.... Mummy memberitahu,beliau amat bimbang akan zuriatku yang dikandungnya..... kerana menurut doktor baru-baru ini terjadi kes yang sama hanya kelewatan yang mungkin tak dapat dielakkannya,nyawa ibu dan anak menjadi taruhannya.....
Jarum suntikan mmenjadi teman setia mummy sehingga saat zuriatku akan dilahirkan nanti...,ubat jika aku sendiri pun tak terdaya untuk menelannya,entah berapa jenis pun aku tak tahu...semacam terlalu banyak ku rasakan...... butir demi butir,namun mummy sanggup lakukan demi kandungannya...... aku bertambah risau,di tambah lagi kemungkinan besar kandungan akan bermasalah Anemia,tambahan pula ibu mertuaku juga mengalami masalah jantung....
Aku bimbang mummy terlalu tertekan lantaran apa yang berlaku...... kejamkah aku..... seolah menghukumnya,membiarkan membawa diri jauh dariku,malahan beribu batu.....
Terkadang kedengaran pilu dan hiba suara mahu pun sms yang di lontarkan padaku......
Aku akan terus bersabar,bersabar dan bersabar,walau terkadang aku dalam dilema...
kerna hanya itu yang mampu ku lakukan tika dan saat ini,dalam menjaga keduanya.....
Kesedihan mengelam
Hancurkan semua sendi jiwa
Sejauh memandang hanya air mata
Hilang sudah teori ketabahan
Kepengecutanku berharap ini mimpi
Tapi gigitan sang malam bisa nyata ku dengar
Tak ada yang bisa ku lakukan,hanya berdoa
Tuhan.... Kuatkan Aku Bro Senior
bagaimana harus ku lakukan untuk memenangi hati keduanya............. terkadang aku buntu,namun aku percaya tuhan itu Maha Adil... aku tidak kesal biar apa jua yang kuhadapi dan lalui.......kerna keduanya akan ku jaga sebaik mungkin mengikut caraku...Bro senior.....

No comments:
Post a Comment