Di keheningan malam sedang aku duduk bersendirian setelah pulang dari pengajian agama,aku termenung takkala melayan emosi yang melayang entah kemana......
Banyak yang bermain di benakku.... entahlah.... dengan tekanan dari pelbagai sudut...... meminta,memdesak tak kurang juga yang memohon dariku....... aduh,letih rasanya....melayan kerenah dan permintaan yang kadang-kadang teramat meletihkan dan melesukan mindaku...
seakan apa yang di minta itulah pilihan yang terbaik..... dalam keletihan aku melayan segalanya,aku lebih memilih untuk mempelajari tuntutan Agama agar aku lebih tenang dalam mengharungi hidup ini.....
Aku mengalah bila mana Mama mengunakan kuasa Mahkamah bagi menyatakan hasrat dan pendiriannya,aku tak mahu hidup begini,pernah suatu ketika ia meluahkan padaku....
Dalam menghitung hari tinggal beberapa hari lagi aku harus menghadiri majlis SULH yang telah aku tangguhkan pada minggu lepas lantaran aku terpaksa berada di airport untuk menghantar Mummy pulang ke kampung halamannya..... namun telah ku maklumkan secara bertulis kepada pihak yang berkaitan,lantaran ku tukar pada suatu tarikh baru..... yang tinggal beberapa hari saja lagi..... tak pernah ku hadiri muzakarah seperti ini sepanjang 16tahun perkahwinanku.... kerna Mama menfailkan di mahkamah lantaran itulah ia terjadi,sampai bila aku bisa berlari..... hakikatnya aku harus hadir jua suatu hari nanti,tak hari ini esok mahu pun lusa yang pasti suratannya sudah tertulis sedemikian..... pada hari tersebut genaplah seminggu Mummmy pulang ke kampung halaman...... ku rasakan semakin hari kasih sayang Mummy pada ku semakin pudar,hilang bak kabus di pagi hari...... takkala lantaran suara dan sms yang di hantar kepadaku,seakan memohon agar aku merelakan pemergiannya buat selamanya dari hidup aku.... Pergi persama kenangan yang pernah terukir bersamaku... Wajahmu menggingatku....segalanya,seakan mahu melupakan segalanya,membawa derita bersama zuriat yang di kandung..... seakan rela biar pun nanti zuriatku sendiri tak mengenaliku sebagai bapanya...... entahlah...... hari ini sebelum aku pergi ke pengajian,sempat aku menelifonnya,namun nada seakan penuh kehampaan terhadap segalanya......aku terus bersabar dan entah sampai bila aku mampu bertahan,sedang hati meruntun,terkadang diri diselubung pelbagai rasa..Benci,geram,marah,sedih,sayu,hiba,binggung,terkadang terasa teramat sangat tenangnya...pun ku rasakan..... tak tahu la..... mana satu perasaanku yang sebenar....
Mama pula seakan tak sabar menanti hari dan ketika untuk majlis SULH..... dan menantikan bersidangnya mahkamah yang pertama pada tarikh____????......,Namun pada tarikh tersebut juga aku tak dapat menghadirkan diri kerana menghadiri satu mesyuarat penting selama 3 hari di negeri sebelah utara,namun telah aku maklumkan secara bertulis pada pihak mahkamah...... kerana tarikh mesyuarat tersebut telah di tetapkan lebih awal......
Terkadang pernah terfikir apakah yang di harungi dan dimiliki selama ini hanya untuk di hancurkan dan disia-sia kan pada hari esoknya.....
Mungkin dia memang yang terbaik namun bukan untuk aku,aku juga yang terbaik namun bukan untuk mereka di hari esok.... hari ini mungkin ia,namun penuh kepayahan dan keperitan......
Terkadang seakan mahu melupakan segala,aku ingin bangun diesok hari tanpa tahu apa-apa,oh... segar dan bahagia rasanya...... namun segalanya sudah terjadi....... antara aku berdiam diri,berjalan mahu pun berlari.... ia akan sentiasa dan telah menjadi sebahagian dari sejarah perjalanan hidupku......
Tempuhilah ia dengan hati yang tenang dan terbuka..... nescaya aku akan beroleh sesuatu yang selama tak pernah ku rasakan.........
Senandung Rindu.
kukibaskan hujan malam ini.
kemudian sehebat sunyi menggangguku.
aku diam kaku.
tak bergerak.
menunggu angin lontarkan rindu.
sejurus mata memandang sayu.
setengah abad kuhitung rindu.
kulihat bintang yang selalu satu.
mana dirimu?
kurebahkan diri pada keras kerusi kayu itu.
yang selalu tersenyum melihat kau datang.
namun kini ia terbujur beku dingin dan kaku.
kembali padaku,
kita kembalikan derai canda yang tersapu badai.
kita naikan gemuruh cinta yang terhempas buih kehilangan.
kita pancangkan janji.
kita sudahi penantian ini.
namun hanya denting malam yang menjawab isakku.
dan segumpal bajumu yang sering kau kenakan,
serta kenangan lalu....
Ya Allah. tabahkanlah aku...aku ikhlas....
No comments:
Post a Comment