I Want to be a Major Player in Industry

Sunday, December 19, 2010

Kata si Bijaksana Yang Ariff

 

Pagi ini jam menunjukkan 8.59pagi,lemah rasa aku hendak melangkah masuk ke dalam keretaku.... jam 9.00pagi mahkamah akan bersidang,aku pergi pagi ini bersama mama untuk sebutan kes ku yang pertama,Aku memecut laju keretaku... entah kenapa tak sampai setengah jam aku telah sampai ke perkarangan mahkamah,aku mengenakan baju blazerku dan juga songkok kemas terletak di kepalaku.... Dengan kalimah bismillah aku melangkah masuk ke dalam kaunter di luar kamar mahkamah... ku berikan I/C kepada kerani bertugas,ku lihat ramainya orang,mungkin dengan pelbagai masalah yang dihadapinya...Tak kira tua muda,tiba-tiba masuk seorang yang agak berusia sekitar hampir mencecah 70an berjalan sambil bertongkat,benar-benar mengusik hatiku...
Ku tanyakan kepada pegawai bertugas bila mahkamah akan bersidang... jam sepuluh katanya lagi...

Aku keluar dari pejabat mahkamah terus ke puntu pagar masuk untuk menghisap rokok,bukan apa sekadar menenangkan hati dan perutku yang kosong... selesai menghabiskan sisa-sisa sedutan rokok,aku melangkah semula ke tempat menunggu di luar kamar mahkamah... kemudian pegawai bertugas mengarahkan kami semua memasuki dewan mahkamah... bermulalah sebutan kes demi kes... dalam pada menunggu aku tertarik dengan orang tua yang bertongkat tadi.. lalu ku tanyakan khabar dan ceritanya.. kemudian orang tua tadi pun berkata,entahlah nak..dah tua-tua ni..isteri pula nak minta pisah.... saya pun tak faham katanya lagi..hidup entah tinggal berapa hari lagi juga ni... tapi apa nak buat ni dah masuk tiga kali pakcik datang..katanyanya lagi.. kemudian pakcik tu pun bertanyakan tentang apa yang terjadi pada saya...
Saya pun menjawab dengan ringkas sahaja..Endorsment mahkamah berkaitan soal nafkah..sambilku tersenyum...
Tiba-tiba kami semua di arahkan bangun kerana Tuan Hakim telah tiba,Ku lihat pelbagai ragam dan kes yang disebutkan... Hingga tiba saat nama kami di panggil,saya dan mama tanpil untuk mendengar sebutan daripada yang Ariff...
Setiap butir kata yang Ariff saya terima tanpa banyak soal... ohhhhh.... ini lah rupanya antara catatan perjalanan kehidupanku... segala keputusan yang di buat saya persetujui tanpa sebanrang bantahan... cuma satu perkara yang tidak bersetuju untuk berpisah demi kasih pada mama dan anak-anakku,dan saya mohon untuk di bicarakan...
Kemudian yang Ariff bertanya kepada mama tentang permohonannya untuk berpisah denganku... akhirnya mama bersuara,saya tidak pasti.. katanya..
Sebenar di dalam hatinya masih menebal kasih sayangnya buat ku,terima kasih mama...memecah kesunyian takkala perbicaraan kami berjalan....
Lalu Tuan Hakim memutuskan majlis SULH telah di buat dan keputusan telah di terima,dan saya memohon pihak mahkamah membuat endorsement secara bertulis buatku..biar pun sebenarnya akan membebankan saya kelak... tak apa la demi mereka juga...


Akhirnya dengan keputusan yang mama lontarkan,menyebabkan pihak mahkamah menangguhkan ke suatu tarikh yang lain....
Aku melangkah keluar dari kamar mahkamah dengan hati yang tenang... usah bersedih,kerana banyak lagi yang perlu ku fikirkan....... Biar pun sukar namun ku lihat mama gembira kerana meletakkan ia sebagai sesuatu yang bertulis dan aku juga gembira...buat mama dan mummy biarpun setiap hari mummy perlu ke klinik untuk menerima suntikan demi baby yang di kandung... biarpun mummy jauh beribu batu jauh di mata namun tetap dekat di hati.. buat mama aku akan terus memenangi hati mama,terima kasih buatmu demi kasih sayang kami dalam membina jalinan kasih sayang antara kami bertiga sekeluarga...

No comments:

Post a Comment