I Want to be a Major Player in Industry

Tuesday, December 14, 2010

Perjalanan Meniti Kedewasaan

Perjalanan Meniti Kedewasaan






Aku meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah Vokasional.... sekolah yang diwujud oleh kerajaan bagi orang-orang yang tercicir dalam pelajaran seperti aku....Kerna wujudnya sekolah sedemikian ketika itu adalah bagi membantu insan seperti aku untuk memiliki kemahiran..yang dirasakan berguna kepada orang sepertiku di kemudian hari...... Mulanya kurasakan aku bagaikan keluar dari neraka dan kongkongan tanggung jawab berat yang terpaksa aku pikul saban hari selama bertahun-tahun...........kerna aku cemburu adik-adikku tidak pernah merasai keperitan dan
kepayahan yang ku hadapi ketika itu...
Namun di sanalah juga aku belajar erti dan nilai pelajaran sebuah kehidupan.... dengan berbekalkan guru-guru seperti singa....yang merasakan aku jahil... pernah juga aku menikmati hidangan pagi dengan hentakan buku teori berkulit tebal di kepala sehingga kerputus dua..... harga yang perlu saya bayar kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi...... Namun ia mengajar aku erti keberanian dan kecekalan dalam hidup..... tiada kekesalan pun di hati kerana itulah pilihan ku sendiri......... teringatku suatu ketika dulu sewaktu di asrama....diawalnya aku akan pulang ke kampung halaman..........namun teguran ayahku......dengan kata-kata..." Kalau asyik balik setiap bulan mana ayah ada duit nak tanggung " Aku membawa rajukku dengan sanggup tidak pulang hingga berbilan-bulan lama........... sehingga suatu ketika aku tidak sedarpun aku telah kematian datukku.........tanpa ku tahu... hanya bertemankan kawan-kawan dari sabah yang tidak pulang kerna jauh beribu batu....... terkadang di dalam dorm yang memuatkan hampir 30 orang hanya tinggal aku bersendirian kesorangan tanpa teman kerna mereka semuanya pulang ke kampung halaman masing-masing.......

No comments:

Post a Comment