Seperti biasa di malam dinihari,Bro akan duduk memikirkan apakah yang harus ku lakukan kemudian hari malah harus ku harungi masa depan dengan lebih baik,agar aku menjadi manusia yang hari ini lebih baik dari semalam,maka aku akan tergolong di dalam golongan orang-orang yang berjaya,dan bukan orang-orang yang terpedaya malahan jauh dari golongan yang celaka.... Mudah-mudahan... Hari ini jumaat penghulu segala hari.... aku terus meniti hari bersama harapan yang membara,berjuang bagi memartabat maruah diri dan keluarga serta beriringan dengan sekitaran..... Ahad kan ku tinggalkan keluarga lagi yang sememangnya sering dan acapkali ku tinggalkan demi urusanku..... hingga terkadang puteriku bertanya ayah free tak, seakan harus membuat temujanji takkala mahu mengambil masaku..... namun inilah hakikatnya... terkadang mungkin masa yang aku peruntukkan terlalu singkat,namun kan ku pastikan aku benar-benar memanafatkan dengan sebaik-baiknya.... Dalam keterbatasan waktu aku juga ingin berehat,bersendirian takkala di himpit dengan tugasan dan tanggung jawab yang aku pikul....
Kali ini Awana Kijal Golf and Country Resort menjadi lokasi aku berkumpul dan bermesyuarat,untuk terus menjadi manusia hebat namun dengan penuh kerendahan hati..insyallah.
Mungkin aku juga perlu ruang untuk bersendirian bagi muhasabah kelemahan dan kekurangan diri ini... Tak terlepas rakan-rakan menyarankan ku membawa joran,melayan malam di jeti cruise yang mengadap laut yang terbentang luas. Tenang takkala melihat laut seluas saujana mata memandang..
Mungkin aku juga perlu ruang untuk bersendirian bagi muhasabah kelemahan dan kekurangan diri ini... Tak terlepas rakan-rakan menyarankan ku membawa joran,melayan malam di jeti cruise yang mengadap laut yang terbentang luas. Tenang takkala melihat laut seluas saujana mata memandang..
Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi
Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
No comments:
Post a Comment