I Want to be a Major Player in Industry

Sunday, December 19, 2010

Aku tidak tahu... 1001 hikmah tersembunyi...Hanya tuhan yang mengerti...

 

Entah kenapa dipenghujung perjalanan hidupku,tuhan menduga aku dengan seseorang,aku tertawan pada kehendak naluri hati kecilku lalu ku pohon izin dan restu isteriku untuk menikahinya,Bahtera yang pada awalnya tenang..... hingga aku terkadang menitis airmata melihatkan isteriku,begtu mulia hatinya...... Takkala dia pergi ke Jakarta bersama puteri sulongku,puteriku yang ke2 dan 3, aku bawa kerumah mummynya..... kerna anak-anakku memanggil ibunya dengan pangilan Mama dan lagi seorang dengan pangilan Mummy..... terasa tenang bila mana mummy dapat menerima anak-anakku..... Ku akui kedua-duanya terlalu istemewa buatku.....pelengkap jalinan sebuah keluarga,kerna itu takdir yang tertulis buat hidupku.... mereka punya rajuk,marah dan tawanya yang tersendiri....... merekalah yang terkadang membuat ku jua tak karuan,marah,binggung,tenang aman dan mendamaikan..... terkadang mahu tertawa ku rasakan tak kala aku pernah terlantar sakit keduanya seakan tak senang duduk melihatkan apa yang terjadi padaku.....
Dan syukur pada tuhan mummy berbadan dua mungkin nanti aku dan anak-anak dan mama dapat menumpang kasih pada baby yang akan di lahirkan kelak..... mudahan ia anak lelaki......

telah 16tahun aku menanti kelahirannya.... Hari ini aku rasa bimbang sentiasa menyelubungi hati bilamana mummy mengalami tekanan hemoglobin rendah dengan bacaan antara 7.1-7.3,sentiasa berasa lemah badan dan berkemungkinan anak yang dikandung mengalami anemia.... Mungkin ini dugaan tuhan buatku yang mengini anak lelaki..... apa pun aku berdoa agar mummy dan zuriatku yang dikandungnya sentiasa sihat walafiat hendaknya....insyallah..
Namun bila mama memohon izin untuk membuka butiknya...... bermula lah episod pilu dalam perjalananku... bila mana ia sering mendapat pandangan dari orang lain,yang mungkin merasa cemburu dengan kehidupan kami yang harmoni...... tidak tahu apa yang kami lalui.... terkadang hingga menyebabkan kehancuran dalam sesuatu perhubungan yang telah sekian lama di bina......

Terkadang hanya kerana pandangan seseorang yang konon bijak dan memberi harapan,namun yang nyata hanya harapan palsu semata,menyebabkan kemusnahan yang amat dasyat, namun hakikatnya kehidupan penasihat itu sendiri pun kucar kacir dan bercerai berai,biarpun baru beberapa tahun melayarinya,dan bagaimana ia mahu menasihati orang lain. Mungkin aku tidak sebaik yang di harapkan namun hakikatnya aku telah mempertahankan bahtera perkahwinanku melewati 16tahun yang lalu,terlalu banyak cerita suka duka bersamanya.... Jun 10,mummy meminta izin daripada ku untuk pulang ke kampung halamannya.... setelah hampir 3 hari tanpa sebutir bicara buatku..... pada hari tersebut sempat dia memasak sesuatu lalu mengajakku makan bersama.... barulah kedengaran suaranya.....apakah nanti aku akan kehilangan bisikan suaranya.... entahlah... Takkala sedang aku memandu dalam perjalanan menuju ke Airport di klia.... ,dalam kebisuan bicara,tiba-tiba dia mengenggam erat tangan kiriku seakan tidak mahu melepaskannya lalu tanganku dicium dan di letakkan dipipi kanannya....terasa hangat airmatanya deras membasahi pipinya,aku seakan mahu menangis,kemudian ia meletakkan tanganku di dadanya... terasa berdegup kencang.... apa yang harus ku lakukan.... Mungkin di sebalik setiap sesuatu terkandung 1001 hikmah yang tersembunyi, Pernah jua tanpa aku sedari aku mengalirkan airmata takkala aku sedang nenyak tidurku tahu pun bila mana suatu pagi mummy memberitahuku,begitu juga mama pernah bertanyakan padaku pada suatu ketika.... ku sangkakan mereka hanya bergurau.... mana mungkin tidur boleh menangis bisik hatiku,namun itulah hakikatnya...Oh tuhan ku bermohon padaMu,kau ampunkan segala dosa-dosaku,ampunkan lah segala dosa-dosa isteri-isteriku,keluarga-keluarga kami..... dan berilah petunjuk ke jalan yang benar buat kami...

Takkala suatu ketika dulu mummy pernah menjemput Mama ke rumahnya,rumah yang di pilih oleh isteriku yang pertama buat yang kedua,Mummy pernah memberitahu Mama anak ada bapa sebelum bercerai dengan anak ada bapa selepas bercerai tak kan sama..... hanya kerana keingginan diri mengejar bayang-bayang yang tak pasti,jangan di korbankan anak-anak demi kemahuan peribadi,anak-anak semakin dewasa,biar apa yang berlaku pun pertalian anak dan bapanya tak akan terputus biar pun sampai ke liang Lahad,kelak nanti bila mana ia akan diijab kabulkan....pasti bapanya jua yang akan di cari,kerna kesemua anak-anakku adalah puteri,yang kini semakin dewasa..... aku telah lalui semua itu..... kata Mummy buat mama,aku tak pernah melihat bapaku dari semenjak aku lahir... itulah kata-katanya..... yang ku tahu dan ku kenal bapaku adalah T..... Chang...seperti yang tertera di dalam I/C ku....... orang kata aku anak cina.... Besar tanggung jawabku buat semua,kerana aku akan cuba pertahankan keluarga yang telah aku bina sejak 16tahun lang lalu dan juga keluarga baruku....Tak terjangka mummy sanggup berkorban demi melihat kami bersatu semula,dan buat mama aku sentiasa mengormati dan menyayangi sejak hari pertama mengenalimu hingga saat ini tanpa ku sedar telah melewati usia 16tahun lebih..... Cuma mungkin aku lelaki yang tidak pandai menunjukkan Cinta,kasih dan Sayang terhadap kalian semua,namun hakikatnya aku menyayangi kalian.... Kalianlah harta-harta yang tak ternilai yang ku miliki di dunia ini.....

Terima kasih buat semua.... biar pun nanti andai hanya bebayang menemani ku di sepanjang hayat penghujung usiaku.....
Namun sebagai manusia biasa aku takut dan bimbang kalau-kalau nanti aku juga menjadi penyebab ia berulang kedua kali buat zuriatku bersama Mummy..... aduh..... seksanya hidup ini... Takkala hidup bersama mama dilanda badai dan gelora,di saat itulah juga mummy membawa hati yang lara demi pengorbanannya buat ku....jauh meninggalkan ku beribu batu....
Ya ALLAH yan tuhan aku bukan bermohon untuk di ringankan dugaan ini,tetapi Engkau ingkatkan lah keimananku untuk menghadapi dugaan ini.... Hari ini juga aku tidak malu untuk memperlihatkan keluarga-keluargaku buat semua....kerana mereka semua adalah amanah yang tuhan anugerahkan buatku..... Aku takut dalam tak ku sedari aku menguris hati-hati kalian...Tuhan tidak akan menduga hamba-hambanya melainkan hambanya itu mampu menangani dugaanya.... mudahan akulah antara hamba-hamba itu yang kau pilih ya Allah...

Ya Allah Ya Rahman

Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu.. Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha Hanya padaMu

Ya Allah
ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah
Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihiIsteri yang solehaIsteri yang sentiasa dihatiAmin,

amin Ya Rabbal Allamin..
Aku akan terus berjuang demi keluarga-keluarga dan anak-anakku serta zuriat-zuriatku kelak...aku akan terus membimbing diri agar menjadi yang terbaik di mata semua dan juga agama kelak insyallah,Ya allah ku mohon kerahmatanMu buat kami ini...

Hari ini aku telah terlalu tua untuk rasa takut,sedih,hiba,biarpun nanti aku mungkin kehilangan kedua-duanya.... kerna ia adalah antara natijah yang harus dan bakal ku tempuhi.... Namun yang pasti aku akan pertahankan kedua-duanya sebagai amanat tuhan buatku agar menjadi insan yang lebih,adil dan saksama.....Mudah-mudahan.... Ya Allah kau bimbinglah aku......

Biarpun nanti aku berseorangan perjuangan dan hidup harus di teruskan walau apa jua rintangan yang mendatang kerana itulah kehidupanku Bro senior.....
Andai esok semua membenci ku..... namun tak sedikit pun di hati ku membenci kalian.............

No comments:

Post a Comment