I Want to be a Major Player in Industry

Sunday, December 19, 2010

Kongres Kehebatan

 

Saban tahun setiap penghujung mei,aku akan berkumpul di Genting higlands selama beberapa hari untuk menghadiri Kongres tahunan bersama deligasi dari serata negeri dan mendengar perkongsian ilmu kehebatan daripada speker jemputan dari pelbagai negara dari serata dunia. Ia telah ku lalui saban tahun sejak lewat 10 tahun yang lalu......
Inilah acara tahunan kami...
Takkala hari bermulanya kongres,semua akan menuju Kota Gedung ilmu ntuk berkumpul,datang dengan pelbagai jentera mewah seperti Mercedes S320,E240 AMG,BMW 5 series,X6 dan bermacam jenis lagi,tak terkecuali aku,namun aku tidak memacu hingga ke puncak kerna aku teringin menaiki kereta kabel di atas permintaan teman kesayanganku.. Aku lebih senang duduk di dalam kereta kabel menemani isteri tercinta.

Terasa takut,seram pun ada ketika kereta kabel memulakan perjalanan pendakian ke puncak,ku lihat pemandangan terasa damai di hatiSepanjang 4hari disana aku bertemu teman-teman seperjuangan.... Malam pertama kami di sajikan dengan makan malam yang berprestij bagi meraikan si juara dengan kos kebiasaan melebihi 1 juta,bagi memastikan kelancaran makan malam tersebut.
Hari-hari seterusnya kami akan menghadiri bengkel dan seminar yang padat dengan pengisian ilmu bagi memantapkan mental,fizikal dan spiritual kami.... takkala malam selepas seminar kami berkumpul dan berbual hal perniagaan bersama rakan seperjuangan dari serata tempat hingga kadang menjelang pagi tanpa kami sedari....
Sepanjang beberapa hari aku berkampung di sana aku belajar sesuatu....

" How we start the race is not important,But how we finish the race is Very Important "

No comments:

Post a Comment