I Want to be a Major Player in Industry

Sunday, December 19, 2010

Syukur Lebaran...

 


Lama sudah rasanya bro tak update blog,diatas keterbatasan waku yang menjengah...sujud syukur pada tuhan di lebaran ini alhamdulilah lebaran pertama dapat meluangkan bersama mama dan anak-anak,mungkin di keterbatasan waku beraya bersama kalian. Di lebaran kedua aku telah terbang untuk beraya bersama Mummy dan si kecil Haikal Haqimy. Mungkin kerana si kecil baru seminggu lahir ke dunia,mungkin memerlukan sedikit perhatian daripada orang tuanya.... aku pulang berkesempatan juga aku menghantar si Haikal ke Hospital menjalani rawatan.
Berkesempatan jua aku menikmati pengalaman dan juadah raya di sana yang tentunya berlainan daripada yang biasa kami nikmati... Dengan izin Mama saya berada di sana selama 3minggu untuk menemani si kecil,3 minggu di sana banyak pengalaman berharga yang ku timba saban hari.... Takkala di sana ada juga Mama bertanyakan khabar si Haikal mungkin ia merasakan si kecil itu juga adalah darah dagingnya jua...Aku meredah hutan,habis calar balar seluruh tubuh ku takkala segala macam pokok berduri meratah tubuhku... aku meredah anak sungai,sungai yang mana takkala musim panas mampu kita seberangi dan tak kala di waktu biasa mampu menghanyutkan kereta dek kerana kederasannya.....takkala hujan turun di kaki bukit... di malam hari..esoknya aku berpeluang mengutip ikan di gigi sungai mungkin dek kerana ikan mabuk di hulu....pacat mainan biasa buatku...biarpun pada mulanya pucat juga mukaku dek kerana panik.... terlupa aku lintah ini bukannya besar mana...namun panik dan terkejut membuatkan aku tak karuan melihatnya...terasa geli pun ada... aku juga berpeluang melihat bagaimana penduduk setempat mengambil madu di hutan,yang tentu tak penah ku lihat di tempat asal kelahiranku...
Aku juga berkesempatan menziarahi majlis pengkebumian atuk saudara mummy yang meninggal di satu kawasan pendalaman memandu Land cruiser hampir 3jam merentas jalan kerikil mendaki dan menuruni kaki bukit.....sungguh berharga pengalaman yng ku kutip ini...aku lebih suka melihatkan suasana desa yang mendamaikan..kicauan unggas-unggas hutan,gigitan agas dan nyamuk dan pelbagai serangga yang mungkin jua tak ku kenali,pelbagai jenis tumbuhan hutan yang berguna untuk tujuan perubatan...biar pun di sana ada pekan namun aku lebih senang di desa melihat orang berkebun dan bersawah...
Alhamdulilah di sana juga aku membuat network perniagaanku,Moga tuhan bukakan pintu rezeki buat kami walau di mana kami berada...
di akhir minggu ketiga alhamdulilah sempat aku mengadakan kenduri doa selamat dan majlis cukur jambul si kecil... salam buat mummy dan sikeci ayah harus tinggalkan kalian seketika...membesarlah sebagai manusia hebat... biarpun terkadang Mummy terasa letih melihatkan kerenahmu...usah nakal anakku...mummy letih...fahamilah ya...jasa dan pengorbanan mummy mu...

No comments:

Post a Comment